Tuesday, 19 November 2013

Syiah bukan sekadar isu mazhab



UFA
KAJANG - Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni menegaskan bahawa isu syiah bukan sekadar isu mazhab, sebaliknya mampu menjadi isu yang lebih besar jika tidak dibendung dari awal.
Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah baru-baru ini.

“Syiah, apabila mereka mengajar doktrin mereka, ia akan pergi kepada negara. Sebab itu kalau kita tengok, bila syiah kumpul orang, dia bukan sekadar untuk menyebar fahaman syiah, tetapi dia akan pergi kepada penubuhan negara syiah.

“Dia (syiah) pernah menubuhkan kerajaan Fatimiyah, dia juga pernah menjatuhkan kerajaan Abasiyah dan kalau kita tengok sejarah Iran, asalnya adalah Ahli Sunnah, tetapi jadi syiah apabila orang-orang syiah berjaya men’syiah’kan negara tersebut dengan pelbagai cara sehingga tertubuh Kerajaan Safawiyah yang menjadi asas kepada kerajaan Iran sekarang.

“Kalau kita faham tabiat pergerakan syiah, kita akan faham mereka takkan berpada dengan Iran,” tegas beliau. Menurut beliau lagi, gerakan Syiah adalah gerakan yang sangat tersusun untuk menguasai bumi Sunni dan jika kita tidak berhati-hati, ia boleh berkembang kerana sejarah penguasaan syiah di bumi Sunni bukan sejarah baru. 

“Iran adalah asalnya negara Sunni, tetapi di’syiah’kan secara sikit-sikit, Iraq adalah negara Sunni, sekarang dah jadi negara Syiah, Bahrain adalah negara Sunni, tetapi mereka sedang cuba nak tukar jadi negara Syiah, begitu juga di Syria, minoriti syiah yang memerintah cuba paksa orang untuk menerima doktrin Syiah dan menekan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” tambah beliau lagi.

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan syiah di Malaysia terutamannya di IPT-IPT dan menyifatkannya sebagai satu ancaman kerana ia bukan setakat isu ajaran sesat sebaliknya mampu pergi lebih jauh dari itu.

Menurut laporan media tempatan, pengikut Syiah di Malaysia sudah mencecah ratusan ribu dan ada juga yang mendakwa angkanya sudah mencecah sejuta orang.

No comments:

Post a Comment