KAJANG, 16 November 2013- “Sejarah
membuktikan Syiah telah banyak mengkhianati umat Islam dan membantu meruntuhkan
kerajaan Islam dahulu ” tegas Ustaz Fauzi Asmuni dalam Ceramah Bahaya Syiah di
Masjid Kajang malam tadi. Ceramah berkenaan di anjurkan oleh ISMA Kajang dengan
kerjasama Masjid Jamek Pekan Kajang. Jadi, “Syiah bukan sekadar perbezaan
mazhab atau khilaf tetapi ia suatu gerakan untuk merebut kuasa”, katanya lagi.
Ustaz Fauzi menerangkan “dalam
Perang Salib yang pertama, kerajaan Syiah Fatimiah telah membantu tentera salib
untuk menguasai kota suci Baitul Maqdis pada tahun 1099M”. Baitul Maqdis jatuh
ke tangan Syiah Fathmiyah setahun sebelum kedatangan tentara Salib. Mereka
telah meninggalkan pasukan Kerbogha dari Mosul melawan tentera salib hingga menyebabkan
Kerbogha berundur. Kerajaan Syiah Fatimiah juga tidak mengirim bala tentera menentang tentera
Salib hinggalah tentera Salib itu sudah tiba di Baitul Maqdis.
“Sebab itulah Sallahuddin
al-Ayyubi telah menjatuhkan kerajaan Syiah Fatimiah dulu sebelum merebut Baitul
Maqdis daripada tentera salib”, jelas Ustaz Fauzi Asmuni lagi. Selepas itu baru Sallahuddin menyatukan umat
Islam untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Syam. Dalam perang Hittin 1187M
tentera Sultan Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya mengalahkan tentera Kristian.
Selepas itu, Salahuddin berjaya merampas
kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau
berjaya menawan semula Baitul Maqdis pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir
88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.
Ustaz Fauzi juga menerangkan
kejatuhan Kota Baghdad kepada kaum Monggol disebabkan bantuan daripada orang
Syiah. Perdana Menteri Syiah bagi Dinasti Abbasiah, Mu'yyiduddin Muhammad Ibnul
Alqami ialah seorang pengkhianat kerana
telah mengurangkan pasukan tentera Abbasiah dan menjalin hubungan sulit dengan
Hulagu. Tipu-daya beliau menyebabkan ulama dan pembesar telah dipancung dan Khalifah al-Mu'tasim dan keluarganya
menjadi tawanan Hulagu. Hampir seluruh penduduk kota Baghdad yang beragama
Islam telah dibunuh dengan kejam melainkan penganut Syiah dan Kristian.
“Pada asalnya Iran merupakan
negara Sunni tetapi menjadi negara Syiah setelah Dinasti Safavid berubah mazhab
dari Sunni ke Syiah”, jelas Ustaz Fauzi
lagi. Kerajaan Syiah Safavid telah diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun
1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi
menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi. Fahaman Syiah di Iran kekal hingga
kini.
Kerajaan Safavid telah
melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya
bangkit memberontak. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 –
1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid
(Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan
untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya”.
Sejarah pengkhianatan syiah
masih diteruskan hingga zaman kini. “Kejatuhan Syiria ke tangan regim al-Assad, Iraq kepada Amerika dan kejatuhan
presiden Morsi di Mesir adalah angkara Syiah” tegas beliau lagi. Fahaman Syiah
dan gerakannya perlu disekat
keseluruhannya dari berkembang di Malaysia agar siri pengkhianatan mereka tidak
berlaku di Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment