DEFINISI ISLAM LIBERAL
Islam
Liberal boleh diertikan sebagai fahaman yang berteraskan perjuangan
hak-hak kemanusian seperti kebebasan,nila-nilai kemanusiaan yang
pro-pluraslisme dan tolenrasi,nilai-nilai sekular dan menerima
kemodenan.Menurut Kamus Dewan ( DBP Kuala Lumpur 1994) perkataan Liberal
didefinasikan sebagai bersifat kearah kebebasan dan pemerintahan yang
demokratik,berfahaman bebas,dan berfikiran terbuka iaitu tidak tertumpu
pada satu aliran pemikiran sahaja.
Dari sudut terminologi,perkataan “Liberal” adalah merupakan istilah Inggeris yang dipinjam dari bahasa Latin, “Liber” ataupun “free”
yang bermaksud bebas,liberal,berpandangan terbuka,tidak dibelenggu oleh
mana-mana tradisi,adat,aliran pemikiran ataupun agama.Manakala
“Liberalisme” pula merujuk kepada pandangan dan prinsip yang liberal
terutama dari sudut sosial dan politik.Fahaman yang diaspirasikan oleh
gerakan liberalisme Barat yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak
individu dalam pelbagai bidang kehidupan.Antara isu utama yang
diketengahkan oleh mereka adalah seperti pemisahan antara agama dan
negara (sekularisme),demokrasi,hak-hak kaum wanita dan golongan
minoriti,kebebasan berfikir dan gagasan tentang kemajuan. Menurut Oxford
Dictionary of Philosophy ( 1996.218) pula menyatakan bahawa liberalisme
ialah : sesuatu yang ada hubugan dengan politik :A political
ideology centred upon thee individual,thought of as possessing right
against government including right of equality of respect,freedom of
expression and action,and freedom from religious and ideological
constraint.
Ensiklopedia
Indonesia (1983:jld 4:2005) pula menjelaskan bahawas liberalisme ialah
usaha perjuangan menuju kepada kebebasan.Di satu pihak dibezakan antara
liberaslime politik dan rohani,di lain pihak liberalisme
ekonomi.Liberalisme rohaniah dan politik pula berdasarkan pada keyakinan
bahawa semua sumber kemajuan terletak dalam perkembangan peribadi
manusia yang bebas.[2] Di
sebut juga dalam konsep liberal yang bermaksud kepercayaan mengenai
agama islam yang bersifat liberal dan tidak terikat dengan tradisi dan
agama,Islam yang bukan bersifat ortodoks atau konservatif dan sesuai
dengan perubahan zaman serta Islam yang berorientasikan masa hadapan
bukan masa silam.Begitulah anasir barat yang membawa pengaruh yang amat
besar dalam pemikiran orang islam.Secara dasarnya mungkn pemikiran yang
dibawa oleh mereka boleh diterima akal,tetapi apabila diselidik dan
diteliti dengan lebih jelas kita akan dapat lihat kesan yang amat buruk
pada diri sendiri,masyarakat,dan negara. [3]
SEJARAH ISLAM LIBERAL
Mutakhir
ini dunia dan masyarakat Islam sedang berhadapan permasalahan yang
sukar dan cukup merbahaya berikutan lahir dan berkembangnya apa yang
diistilahkan sebagai modenisme dan liberalisme.Pada hakikatnya,istilah
modenisme dan liberalisme tidaklah dimaksudkan sekadar menggambarkan
keterikatan dan hidup di zaman moden,global,dan bersifat liberal,tetapi
ia adalah suatu kesimpulan di kalangan penganut pelbagai agama yang
berkeyakinan dan beriktikad bahawa kemajuan ilmu pengetahuan dan
kebudayaan semasa memerlukan semakan dan penglihatan semula
prinsip,pemikiran dan kesimpulan agama yang difahami dan diaplikasikan
kepada perspektif baru berasaskan falsafah dan pencapaian semasa.Bagi
memenuhi keperluan itu,ia memastikan pentakwilan dan melakukan proses
membuat kesimpulan baru ajaran agama kepada asas dan prinsip yang selari
dengan tamadun moden,global dan liberal.Berikutan dari itu,lahirlah
dikalangan pemikir agama khususnya di kalangan masyarakat Barat yang
bergerak ke arah usaha dan langkah menselarikan atau mensejagatkan
pemikian agama dengan nilai moden.[4]
Perkembangan
ini di dunia Barat telah mempengaruhi banyak agama utama di dunia
termasuklah masyarakat Islam.Dunia dan masyarakat Islam semenjak kurun
ke 16 hinggalah awal kurun ke-20,berkedudukan sebagai tanah jajahan
kepada pelbagai kuasa penjaja Eropah Barat.Dalam tempoh itu,umat Islam
disajikan dengan sistem pemerintahan,pentadbiran dan pendidikan sekular
Barat. Keadaan ini,bahkan ditambah dengan kelemahan faktor dalaman
masyarakat Islam sendiri telah memberi ruang kepada perkembangan dan
tersebarnya modenisme dan liberalisme,iaitu usaha pemodenan dan
meliberalkan pemikiran agama Islam.Walaupun umat dan negara Islam dalam
kurun berikutnya telah mencapai kemerdekaan,namum pimpinan politik yang
memperolehi kuasa membentuk kerajaan sendiri dari lepasan pendidikan
sekular Barat di negara sendiri,malah ada yang memproklamirkan
perlembagaan negara mereka sebagai negara sekular berasaskan sistem
sekular seperti negara Turki.
Gagasan-gagasan
idea yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran liberal ini
telah menyebabkan berlakunya polemik sesama umat islam di seluruh
dunia.Kemunculannya juga dikatakan telah mengugat kesucian agama Islam
terutama dari aspek akidah dan syariah.Golongan yang kurang pegangan
dengan kepercayaan agama Islam menjadi mangsa untuk mengikut cara
kehidupan baru yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran
liberal. Dari perbincangan para ulama dan ahli akademik mengenai aliran
Islam Liberal,ianya didapati amat merbahaya kepada aqidah dan
syariat.Umumnya,serangan pemikiran ini terhadap aspek akidah dan syariah
secara tidak langsung mengoncang tahap kepercayaan terhadap segelintir
umat islam dan takut kelak mereka akan terpesong kelembah liberalisme.
[1] Penulis
adalah pelajar-pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan Muamalat di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kertas kerja ini ditulis bagi memenuhi
syarat pengajian bagi matapelajaran Pengantar Usuluddin.
[2] Mazlan Ibrahim,Latifah Abdul Majid,Fadlan Mohd Othman.2012. Islam Liberal : Isu dan Reaksi. Selangor : Jabatan Agama Islam Selangor.Hlm 35
[3] Jumaili. 2011. Apa itu Islam Liberal ? Diperolehi daripada http://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/, 1 Mei 2013
http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/05/kertas-kerja-islam-liberal-part-1.html
Bagaimana manhaj islam liberal ?
Islam liberal merupakan satu aliran yang bercanggah
dengan aliran islam yang sebenar. Sejak akhir-akhir ini, aliran ini semakin
berkembang dan sedang mengambil tempat di hati orang-orang muslim di Malaysia.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan sebegitu kerana boleh mendatangkan kesan
buruk terhadap akidah umat islam. Jadi untuk membanteras dan menangani masalah
ini, seharusnya kita mengenali apakah manhaj atau ciri-ciri aliran Islam
Liberal ini. Mungkin kebanyakan umat islam yang tidak tahu menganggap bahawa aliran
islam liberal ini berlandaskan agama islam yang sebenar. Atas sebab itulah,
mereka senang terpengaruh dengan aliran islam liberal ini. Untuk pengetahuan,
manhaj atau ciri-ciri aliran ini mengarahkan kepada pembukaan dan pembebasan
tafsiran agama[1]. Mereka memperjuangkan Islam yang terbuka dan
bebas daripada belenggu tafsiran lama ke arah tafsiran baru lagi segar demi
kejayaan umat. Berikut ini akan disenaraikan beberapa manhaj atau pegangan yang
dipegang oleh aliran Islam Liberal ini.
Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam :
Manhaj kesamaan
agama merupakan manhaj utama yang diperjuangkan oleh aliran ini dengan
menyebarkan fahaman Pluralisme agama iaitu fahaman yang menyakini bahawa semua
agama adalah sama-sama benar dan merupakan jalan menuju kepada Tuhan yang sama.
Menurut Ulil
Absar Abdallah iaitu penyelia Jaringan Islam Liberal di Indonesia, beliau
mengatakan bahawa :
“Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan
kebenaran. Jadi islam bukan agama yang paling benar (Majalah Gatra, 21 Desember 2002)[2]. Ulil Absar juga menulis : “Dengan tanpa rasa
segan dan malu saya mengatakan bahwa semua agama adalah tepat berada pada jalan
seperti itu, jalan panjang menuju Yang Maha Benar. Semua agama, dengan
demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar kedalaman yang
berbeza-beza dalam menghayati jalan keagamaan itu. Semua agama adadalam satu
keluarga besar yang sama : yaitu keluarga pencinta jalan menuju kebenaran yang
tak pernah ada hujungnya “(Kompas, 18-11-2002, dalam artikel : “Menyegarkan kembali
pemahaman Islam”)[3]. Dr.Alwi Shihab, mantan Menteri Luar negara
Indonesia, pensyarah di Universiti Islam Negeri Jakarta, menyatakan : “Prinsip
lain yang digariskan oleh al-Quran adalah pengakuan kewujudan orang yang
berbuat baik dalam setiap komuniti beragama dan dengan begitu, layak memperoleh
pahala dari Tuhan. Jelas prinsip ini memperkukuh idea mengenai Pluralisme
keagamaan dan menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain eksklusivisme
keagamaan tidak sesuai dengan semangat al-Quran. Sebab al-Quran tidak
membeza-bezakan antara satu komuniti agama dari lainnya”[4]
Aliran ini
menganggap bahawa agama islam adalah agama yang benar. Dalam masa yang sama
aliran ini juga berpendapat bahawa semua agama adalah benar. Mana-mana agama
yang berkonsepkan ketuhanan yang menyuruh dan menyeru kearah kebaikan ianya
dianggap sama-sama benar. Manhaj kesamaan agama merupakan manhaj tersendiri
yang unggul bagi aliran ini kerana tidak ada satu pun agama sebelum ini samada
agama yang masih tulen atau yang telah diubah suai, mendakwa atau berpegang
dengan manhaj kesamaan antara agama[5].
Keunggulan manhaj ini tidak sesekali menunjukkan dan menggambarkan keistimewaan
mereka tetapi menunjukkan keterdesakan mereka kerana mereka sanggup
mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka
semata-mata.
Manhaj Islam Liberal tentang al-Qur’an :
Islam Liberal
ini turut menggugat kesucian kitab suci al-Quran dengan tafsiran-tafsiran yang
tersendiri. Mereka turut mempertikaikan tentang wahyu yang diturunkan oleh
Allah SWT. Menurut mereka, wahyu ini terbahagi kepada dua iaitu wahyu yang
bertulis dan tidak bertulis. Wahyu yang bertulis merupakan kitab suci al-Quran
yang mana bagi mereka hanyalah teks semata-mata, manakala wahyu yang tidak
bertulis pula merujuk kepada akal manusia itu sendiri[6].
Perkara ini telah dijelaskan oleh tokoh islam liberal sebagaimana dalam Harian
Kompas tanggal 18 November 2002, koordinator jaringan Islam Liberal, Ulil
Abshar Abdalla menulis : “Bagi saya, wahyu tidak berhenti pada zaman Nabi.
Wahyu terus bekerja dan turun kepada manusia. Wahyu verbal memang telah selesai
dalam Al-Quran, tetapi wahyu non verbal dalam bentuk ijtihad akal manusia terus
berlangsung”[7]. Bagi mereka, akallah yang
sebenarnya menghidupkan teks-teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan
suasana zaman. Jadi disini, mereka menganggap bahawa al-Quran hanya menerangkan
tujuan-tujuan agama semata-mata dan disinilah fungsi akal manusia
mentafsirkannya mengikut penyesuaian sesuatu zaman. Sesuatu hukuman yang
digunapakai pada zaman dahulu tidak boleh dilaksanakan pada zaman sekarang
kerana ianya telah lapuk dan tidak bersesuaian pada zaman sekarang. Sebagai
contoh terhadap firman Allah SWT :
{(38) حَكِيمٌ عَزِيزٌ وَاللَّهُ اللَّهِ مِنَ نَكَالًا كَسَبَا بِمَا جَزَاءً أَيْدِيَهُمَا فَاقْطَعُوا وَالسَّارِقَةُ وَالسَّارِقُ }
Bermaksud: Pencuri, lelaki dan perempuan hendaklah kamu potong
tangan kedua-duanya sebagai balasan dari apa yang kedua-duanya lakukan dan
sebagai seksa dari Allah. Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah
al-Maidah 5: 38)
Dalam firman
Allah SWT ini menerangkan tentang hukuman terhadap pesalah lelaki dan perempuan
yang melakukan kecurian. Hukuman potong tangan dikenakan terhadap
pesalah-pesalah. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa hukuman ini telah
dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan juga para Sahabat. Akan tetapi,
menurut fahaman islam liberal ayat diatas menerang tentang wajib dikenakan
hukuman terhadap pencuri tetapi hukumannya boleh berubah-ubah mengikut
kesesuaian masa dan tempat. Menurut mereka, hukuman potong tangan tidak lagi
releven untuk dilaksanakan pada zaman sekarang kerana tidak akan membawa kepada
kemajuan islam. Bagi pesalah-pesalah ini, mereka perlu dikenakan hukuman
penjara kerana bagi fahaman islam liberal ini hukuman penjara ini releven dan
sesuai untuk dilaksanakan pada zaman sekarang. Mana-mana hukuman yang telah
dinyatakan dalam al-Quran boleh diubah dan dibuat pembaharuan mengikut akal dan tafsiran mereka. Ini kerana
bagi mereka pembaharuan ini dapat memajukan dan meningkatkan taraf umat islam.
Begitulah manhaj membuka dan mentafsir yang dipegang oleh islam liberal ini.
Sehinggakan segala apa yang telah dipraktikkan pada zaman Rasullah SAW tidak
semestinya perlu diamalkan pada zaman sekarang.
Selain itu,
kumpulan islam liberal ini dalam mengkritik al-Quran mereka menggunakan metod
pentafsiran hermeneutika iaitu “to
understand the discourse just as well as even better than its creator” (Freidrich
Schleiemenrcher “The Hermeneutics: Outline of the 1819 lectures”, dalam
Hermeneutic Tradition, 1990, m.s.93)[8].
Pada awalnya, metod hermeneutics ini digunapakai oleh golongan pemikir barat
dalam mentafsir kitab Bible mereka. Ini kerana kitab Bible ini mempunyai banyak
persoalan yang tidak jelas. Jadi akibat pengaruh barat ini, islam liberal telah
menggunapakai metod hermeneutics ini dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran[9].
Demikian juga dengan Muhammad Arkoun yang menyatakan bahawa hermeneutika adalah
cara terbaik untuk mentafsirkan al-Quran sebab dengan hermeneutika kita dapat
menafsirkan al-Quran sesuai dengan tinjauan sejarah, sosiologi, dan antropologi
sehingga dengan demikian kita akan
menolak bentuk pentafsiran yang mensucikan dan memuliakan al-Quran
sebagaimana yang telah dilakukan secara teologis dan tradisional (Muhammad
Arkoun, Rethinking Islam, 1994, m.s.36)[10].
Dengan pernyataan ini Arkoun menganggap bahawa al-Quran itu tidak suci dan
mulia, sama dengan buku yang dapat dianalisa dan dikaji sesuai dengan keadaan
dan situasi tertentu. Demikian beberapa pemikiran Islam Liberal yaang sangat
berbahaya dan mampu mempengaruhi umat islam yang cetek ilmu agamanya. Tambahan
lagi, di Malaysia sendiri golongan ini semakin hari semakin berkembang dan
pemikiran mereka telah masuk ke dalam institusi pendidikan Islam.
Manhaj Islam Liberal tentang Hadis-Hadis :
Sepertimana manhaj-manhaj yang lain, Islam Liberal mempunyai manhaj yang
tersendiri berkaitan dengan hadis-hadis Nabi SWA. Pertikaian dibuat terhadap
semua hadis Nabi SAW walaupun yang termuat di dalam kitab sahih Bukhari dan
Muslim[11].
Mereka juga berpendapat bahawa hadis-hadis ini hanya ciptaan manusia yang ingin
mengambil manfaat untuk diri mereka sendiri bukannya datang daripada Baginda
SAW. Sebagai contoh hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti
azab kubur, Padang Masyar, Titian Sirat dan sebagainya hanyalah ciptaan
perawi-perawi hadis. Berkaitan dengan hadis Mutawatir dan hadis Ahad, mereka
mempunyai pandangan yang tersendiri. Mereka menolak hadis-hadis Ahad dan hanya
menerima hadis-hadis mutawatir[12].
Walaubagaimana pun kebenaran hadis Mutawatir hanya dalam kontek kehidupan
masyarakat Arab pada zaman Rasulullah SAW dan tidak sesuai untuk zaman
sekarang. Aliran Islam Liberal ini kebanyakan menolak apa yang dibuat dan
dilaksanakan pada zaman Baginda SAW kerana bagi mereka ianya tidak releven lagi
dilaksanakan pada zaman sekarang terutamanya untuk memajukan agama Islam.
Manhaj Islam Liberal terhadap Rasulullah SAW :
Rasulullah SAW merupakan
nabi dan juga rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia di
muka bumi ini. Beliau mempunyai sifat Nubuwah yang dikurniakan oleh Allah SWT
yang mana ianya tidak dikurniakan kepada manusia biasa. Akan tetapi bagi aliran
Islam Liberal, sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW hanyalah
merupakan sifat atau kemampuan biasa yang boleh dimiliki oleh semua manusia[13].
Mana-mana manusia yang boleh memimpin dan mempunyai kemampuan dalam memimpin
manusia ke arah kebaikan boleh mempunyai sifat Nubuwah yang seumpama Baginda
SAW. Oleh sebab itu bagi aliran ini Rasulullah SAW hanyalah manusia biasa yang
lazimnya melakukan kesilapan dan kebenaran. Kritikan dan pujian terhadap
baginda SAW menjadi perkara biasa bagi aliran ini. Oleh kerana itulah kita
dapat lihat bahawa terdapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal tidak segan silu
dan bersalah untuk mengkritik baginda SAW. Ada yang mengatakan Baginda SAW itu
seorang yang mempunyai nafsu yang kuat kerana mempunyai isteri yang ramai.
Sunnah-sunnah yang diamalkan oleh baginda juga sudah ketinggalan zaman dan tidak
sesuai untuk dipraktikkan pada zaman sekarang. Jadi mereka memandang golongan
yang memakai jubah, serban, dan berjanggut itu sebagai manusia yang ketinggalan
zaman. Mereka juga tidak mempercayai tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj yang
mana ia merupakan peristiwa kemukjizatan Baginda SAW[14].
Peristiwa ini hanya rekaan semata-mata oleh golongan-golongan yang taksub
terhadap Baginda SAW.
Penafian demi penafian turut dibuat. Mereka turut mempertikaikan tentang
status Baginda SAW yang merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Menurut Budy
dalam bukunya yang mendakwa bahawa : “ Nabi Muhammad S.A.W. yang dalam pandang
teologis Islam dianggap sebagai ‘penutup’ (khatam) segala Nabi dan Rasul.
Pengertian ‘penutup” disini berkaitan dengan klaim argumen Islam sebagai agama
terakhir : Dalam al-Quran kata ‘khatam secara harfiah bererti “cincin”, iaitu
pengesah dokumen (seal)”[15].
Pandangan yang dilontantarkan ini sangat bercanggah dengan dalil atau nas-nas
“Qatii” daripada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW dan juga ijmak para ulamak yang
mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu merupakan Nabi yang terakhir. Terdapat
ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW
merupakan Nabi yang terakhir. Allah berfirman yang bermaksud :
Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa
yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul
Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Ahzab: ayat 40)
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari turut menjelaskan tentang perkara ini, antaranya yang bermaksud: “Sesungguhya Kerasulan dan Kenabian telah terputus, maka tiada Rasul selepasku dan tiada Nabi.....”[16]. Oleh itu sesiapa yang tidak berpegang dan menolak nas al-Quran dan hadis yang sahih riwayatnya akan jatuh kufur berdasarkan kesepakatan yang telah dibuat oleh para ulama’.
Manhaj Islam Liberal Terhadap Ilmu-Ilmu Islam :
Dalam agama islam
terdapat banyak ilmu-ilmu islam yang menjadi asas dan merupakan sesuatu yang
baku di dalam disiplin ilmu-ilmu islam antaranya ialah ilmu usul fiqh, usul
tafsir, usul hadis, dan sebagainya. Akan tetapi, bagi aliran islam liberal ini
ilmu-ilmu ini tidak penting dan mereka memandang remeh terhadap ilmu-ilmu ini kerana
ilmu ini dikarang oleh manusia dan ianya tidak sunyi daripada kesalahan dan
kecacatan. Mereka turut mempertikaikan methodologi pentafsiran al-Quran yang
diguna pakai masa kini dengan slogan membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran[17].
Oleh sebab itu, mereka tidak menggunakan tafsiran-tafsiran ini dalam
pentafsiran mereka untuk membebaskan agama islam. Atas dasar ini jugalah mereka
mempertikaikan tentang perkara-perkara yang ‘qat’i’ iaitu yang sudah muktamad
di dalam Islam. Bagi mereka perkara-perkara ini masih terbuka dan bebas
daripada segala maksud dan tafsiran. Oleh sebab itu seseorang tidak boleh
mendakwa bahawa pendapatnya sahaja yang benar. Maka yang demikian, tidak pelik
bagi aliran ini meremeh-remehkan tokoh-tokoh islam kerana mereka ini merupakan
manusia biasa yang turut sama melakukan kesilapan dan kebenaran. Bagi mereka
ulamak-ulamak islam ini merupakan
manusia yang dibelenggui oleh tafsiran jumud akibat penyembahan mereka
terhadap teks-teks yang mereka cipta sendiri[18].
Kita dapat lihat terdapat tokoh islam liberal ini mencerca tokoh-tokoh islam
antaranya Nurcholish Madjid bersama Tim Penulis Paramadina dalam buku “Fiqih
Lintas Agama” di halaman 5 telah melemparkan cercaan terhadap Imam Syafii yang
dituduh penghalang perkembangan fiqih[19].
Manhaj Islam
Liberal Terhadap Hukum-Hukum Fiqh :
Apabila merujuk kepada hukum-hukum fiqh, aliran islam Liberal ini mempunyai kaedah usul yang tersendiri yang membawa kepada pengjagaan kemaslahan manusia. Jadi mencapai tujuan ini hukum-hukum yang telah ditetapkan boleh diubah-ubah mengikut masa dan tempat. Mereka tidak merasa bersalah dan segan silu mengubah hukum yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Contohnya dalam bab faraid, hudud, perkahwinan, persaksian dan sebagainya. Dalam bab faraid, kadar pembahagian harta yang telah ditetapkan telah diubah kononnya untuk lebih adil antara ahli waris. Dalam hukuman hudud pula, mereka tidak mengguna pakai apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mereka menentukan hukuman tersebut menggunakan kehendak mereka sendiri asalkan bagi mereka dapat memajukan umat islam. Bagi mereka hukuman hudud sudah tidak releven pada zaman sekarang khususnya untuk memajukan umat islam. Dalam bab perkahwinan pula aliran Islam Liberal ini membenarkan perkahwinan sesama jenis. Mereka juga turut menggalakkan homoseksual dan penzinaan. Di Indonesia, kelompok liberal ini memperjuangkan agar perkahwinan sesama jenis dibenarkan di negara tersebut. Mereka turut menerbitkan buku berjudul “ Indahnya Kahwin Sesama Jenis”[20].
[1]Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal. Johor
Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 13.
[2]Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur,
hlm. 12.
[3]Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur,
hlm. 13.
[4]Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran
Akidah : Pemikiran Islam Liberal ,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,Jabatan
Perdana Menteri, Kuala Lumpur, hlm. 14.
[5] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 14.
[6] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 14.
[7] Wan Zahidi Bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan). (t.t) Kertas Kerja Gerakan Islam Liberal Di
Indonesia DanKaitannya Dengan Esq. Kuala Lumpur.
Hlm. 24.
[8] Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran
Akidah : Pemikiran Islam Liberal,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala
Lumpur, hlm. 24.
[9] Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, hlm. 24.
[10] Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, hlm. 24-25.
[11] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 18.
[12] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 18.
[13] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 16.
[14] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 17.
[15] Wan Zahidi Bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan). (t.t) Kertas Kerja Gerakan Islam Liberal Di
Indonesia Dan Kaitannya Dengan Esq. Kuala Lumpur.
Hlm. 22.
[16] Wan Zahidi Bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan). (t.t) Kertas
Kerja Gerakan Islam Liberal Di Indonesia Dan Kaitannya Dengan Esq. Kuala
Lumpur. Hlm. 23.
[17] Hj.Mohammad Ariffin Ismail, (t.t) Cabaran
Akidah : Pemikiran Islam Liberal,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala
Lumpur, hlm. 42.
[18] Hafiz Firdaus Abdullah. 2007. Membongkar Aliran Islam Liberal.
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Hlm. 20.
[19] Wan Zahidi Bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan). (t.t) Kertas Kerja Gerakan Islam Liberal Di
Indonesia Dan Kaitannya Dengan Esq. Kuala Lumpur.
Hlm. 25.
[20] Wan Zahidi Bin Wan Teh (Mufti Wilayah Persekutuan). (t.t) Kertas Kerja Gerakan Islam Liberal Di
Indonesia Dan Kaitannya Dengan Esq. Kuala Lumpur.
Hlm. 25.
http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/05/kertas-kerja-islam-liberal-part-2.html
Gerakan Islam Liberal di Malaysia.
Bedasarkan pembacaan dan penelitian penulis, kami
mendapati wujud beberapa gerakan yang memperjuangkan fahaman liberalisme agama
ini. Gerak kerja mereka adalah sama dalam mencapai tujuan kebebasan beragama
namun berbeza dalam konteks cara penyebaran dan cara tuntutan. Kebanyakan
gerakan bergerak secara lantang melalui pelbagai medium seperti akhbar,forum
dan siri jelajah. Mereka ini telah wujud seawal tahun 2000 lagi. Bermula dari
satu kelompok dan akhirnya bergabung menjadi suatu bentuk kumpulan pendesak
yang cukup jitu tuntutan mereka.
Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC)
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia
(IFC)[1]
yang wujud pada awal Februari 2005 merupakan suatu manifestasi hasil gabungan
gerakan-gerakan islam liberal ini. Bermula seawal Disember 2000, lontaran idea
bahawa perlu diwujudkan sebuah badan antara agama dalam sebuah persidangan
anjuran Majlis Peguam Malaysia telah
diterima. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa antara agama dibentuk. Kemudian,
bibit itu bercambah subur pada Ogos 2001 apabila Majlis Perundingan Agama
Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) telah menyerahkan memorandum yang
mengandungi senarai permasalahan yang dihadapi oleh golongan non-muslim
dalam mengamalkan agama masing-masing. Gerakan konservatif seperti Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Koordinasi NGO Islam Malaysia (ACCIN)
International Movement for Just World (JUST) yang pada awalnya menyertai
jawatankuasa tersebut akhirnya menarik diri selepas suara tentangan mereka
dipandang sepi ahli majlis jawatankuasa yang lain.
Gerakan ini kemudian tanpa segan silu, terang-terangan
dan terus-terusan mengadakan bengkel-bengkel[2],
forum-forum, ceramah-ceramah dan siri jelajah untuk memberi pengetahuan umum
kepada masyarakat Malaysia akan perjuangan dan segala tuntutan mereka.
Jawatankuasa itu kemudian telah mewujudkan suatu deraf Rang Undang-undang
Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.[3]
Penulisan deraf ini merupakan suatu cubaan nekad dari ahli jawatankuasa
tersebut dalam mentafsir hak kebebasan beragama dari sudut pandangan sekular
liberal. Norma-norma antarabangsa tentang hak kebabasan beragama yang mana kita
ketahui bersandarkan pemikiran sekular-liberal Barat telah menjadi tunjang
penulisan deraf tersebut.
Kumpulan Artikel 11.
Kumpulan Artikel 11[4]
telah ditubuhkan pada bulan Mei 2004. Kumpulan yang terdiri daripada 13
pertubahan bukan kerajaan (NGO)[5]
ditubuhkan untuk menegakkan Rukun Negara ketiga iaitu keluhuran Perlembagaan
dan menggalakkan kebebasan beragama di Malaysia. Kebanyakan mereka juga bergiat
aktif dalam penubuhan IFC. Kumpulan ini menolak sebarang diskriminasi individu
atas dasar agama, bangsa, tempat lahir atau jantina. Mereka juga menggesa agar
kebebasan berfikir, beragama dan suara hati setiap individu dihormati, dijamin
dan dilindungi. Dengan menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan
undang-undangnya pun sekular, mereka cuba menafikan peranan mahkamah syariah
yang mempunyai kuasa sama tara dengan mahkamah sivil dalam sisterm keadilan di
Malaysia. Bagi mereka undang-undang sivil adalah lebih gah dari undang-undang
Islam yang merupakan secebis daripada pandangan umum yang biasa didokong oleh
kelompok sekular-liberal.
Sister In Islam (SIS)
Menyentuh tentang Sister In Islam, ia adalah
sebuah pertubuhan NGO di Malaysia yang didaftarkan pada tahun 1991 di bawah
nama SIS Forum (Malaysia) Berhad.[6]
Nama SIS digunakan secara komersial dalam urusan penyiaran tetapi mereka
menggunakan nama syaikat bagi urusan rasmi. SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina
Wadud pada tahun 1988. Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) dalam bidang Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang
prihatin terhadap permasalahan wanita telah bersatu hati membentuk jawatankuasa
ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud, Zainah Anwar, Salbiah Ahmad,
Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail.[7]
Tumpuan mereka adalah untuk mencabar undang-undang dan
dasar atas nama Islam yang dikatakan mendiskriminasikan kaum wanita.
Kemudian, berkembang kepada isu-isu lain yang lebih luas seperti hak asasi
manusia, perlembagaan hinggalah soal-soal poligami, murtad, aurat, persamaan
antara hak antara lelaki dan wanita, pengkid dan sebagainya lagi.[8]
Mereka cukup lantang menyuarakan hak-hak wanita yang dianggap
mendiskriminasikan dan merendah-rendahkan kaum Hawa. Maka, tidak hairan dalam
dua gerakan yang telah kami perincikan diatas mereka cukup kuat menampilkan
diri dalam memastikan suara mereka didengari oleh semua pihak.
Kelangsungan perjuangan mereka adalah bertunjangkan
kepada mahu melawan segala pemikiran jumud yang ada dalam kalangan umat
Islam hari ini. SIS mahu mengajak masyarakat meneliti sesuatu perkara
berdasarkan realiti kehidupan semasa pada ketika ini. Idea dan pemikiran mereka
mendapat tempat dengan mudah di dada-dada akhbar perdana terutamanya akhbar Bahasa
Inggeris seperti The New Straits Times. Secara tidak langsung, penyiran
makalah mereke menyebarluaskan pengaruh pemikiran mereka ini. Mereka yang
terdidik dengan aliran Inggeris baik dalam atau luar negara, serta kurang
terdedah kepada pembelajaran Islam yang sistematik mudah terjerat dangan wahana
pemikiran ini. Terkini, mereka telahpun menghasilkan kumpulan tafsir wanita
yang bertumpu penyebarannya kepda ibu-ibu tunggal dan janda. Penafsiran
dalil-dalil mereka cukup berlawanan dengan penfsiran Islam yang sebenar tentang
hak-hak kaum Hawa di dalam al-Quran.
Apakah bahanya kepada Islam dan Muslim.
Berikut kami paparkan beberapa akibat yang
telah berlaku hasil perjuangan fahaman Islam Liberal hari ini:[9]
·
Al-Quran dan hadis Rasulullah telah disama tarafkan
sepertimana buku-buku sastera yang lain.
·
Cuba memansuhkan syariat Islam yang
bertentangan dengan piagam hak asasi manusia seperti hukuman zina dan mencuri.
·
Prinsip aqidah mereka telah lari dari doktrin
yang dipegang golongan sunni.
·
Berhasil menimbulkan keraguan aqidah dan memecah
belahkan umat Islam.[10]
·
Golongan moderat Islam ini telah mendapat
tempat hingga ke peringkat dunia.[11]
·
Status Islam yang syumul (menyeluruh)
sebagai ad-din telah menurun menjadi agama sivil atau agama peribadi
semata-mata.
·
Cukup lantang mempertikaikan kewibawaan
autoriti golongan ulama terutamanya Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kesimpulan
Agama Islam mengakui perbezaan agama yang lain
tetapi tidak mengakui kebenaran agama yang lain sebab agama yang benar hanyalah
agama Islam sedangkan agama yang lain adalah batil.Namun, dalam
mengimplementasikan suruhan Islam yang sebenar, tidak seharusnya wujud suatu
pembaharuan dalam perkara-perkara pokok tentang Islam yakni perkara-perkara
tentang akidah. Makanya, kewujudan fahaman Islam Liberal yang mana telah lari
jauh dari pegangan akidah yang sebenar tidak seharusnya diiktiraf kewujudannya.
Konsep pegangan mereka cukup berbahaya bagi akidah umat Islam dan pengekalan
prinsip-prinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan
akhlak.
Bagi Islam Liberal, semua ayat menjadi ayat
yang boleh ditakwilkan sesuai dengan akal fikiran mereka, padahal Allah telah
menyatakan bahawa tidak semua ayat itu dapat ditakwilkan, tetapi sebahagiannya
ad yang tetap dan pasti(qat’ie), dan jika ada yang dapat ditakwilkan(zanni),
maka pentakwilan tersebut tidak dapat dilakukan oleh semua orang tetapi mereka
yang sudah memilik ilmu pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukuk dan
prinsip-prinsip pengambilan hukum berdasarkan nas Al-Quran dan nas-nas hadis
Rasulullah. Jika pemikiran terhadap Islam hanya menggunakan dasr rasional dan
akal semata-mata, ia merupakan jalan menuju kesesatan. Begitu juga akal fikiran
itu dipandu oleh hawa nafsu sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran.
Semoga tulisan ringkas ini dapat membangkitkan
kesedaran kita terhadap cabaran akidah yang semakin keras dan jitu kuasanya.
Semoga Allah memberikan petunjuk dan kekuatan agar kita mendapat cara dan
ikhtiar yang terbaik dalam menghadapi serangan Islam Liberal sehingga umat Islam
dan kebenaran agama Islam tetap terpelihara sehingga tamatnya riwayat alam ini.
Wallhu A’lam.
[1] Kumpulan yang menyokong penubuhan IFC ialah Majlis Peguam Malaysia,
Malaysian Consultive Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism
(MCCBCHS), Pure Life Society, Inter-Religious Spiritual and Fellowship (INSAF),
Malaysian Interfaith Network, Sister In Islam, FORUM IQRA, Spiritual Assembly
of Baha’is of Malaysia, Perseketuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, Federation
of I-Kuan Tao Association Malaysia, Soka Gakkai Malaysia, Sri Sathya Sai
Central Council, Circle of Life, Theosophical Society, National Human Right
Society (HAKAM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Aliran Kesedaran Kebangsaan
(ALIRAN), National Council of Women’s Organization Malaysia (NCWO), Research
for Social Advancement (REFSA).
[2] Bengkel “Towards the Formation of an Inter-Religious Council”
bertarikh 17 Mei 2003 merupakan antara bengkel terawal yang membentangkan akan
gagasan ini. Pada mulanya SIS telah memboikot bengkel tersebut kerana tidak
berpuas hati melihatkan kegagalan jawatankuasa memupuk kerjasama antara
wakil-wakil komuniti agama tetapi kembali menganggotainya semula.
[3] Deraf ini jika dilihat banyak mengaplikasikan akan kehendak manusia
semata-mata melalui pelbagai seksyen yang mereka kemukakan terutamnya berkaitan
dengan hak kebebasan manusia dalam semua bidang kehidupan.
[4] Nama “Artikel 11” digunakan sempena Perkara 11 Perlembagaan Perseketuan
yang menjamin hak kebebasan beragama.
[5] Kebanyakan NGO yang menganggotai Kumpulan Artikel 11 juga menyertai dan
menyokong gagasan penubuhan IFC.
[6] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam
Liberal : Isu dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam
Selangor. Hlm. 53.
[7] Jabatan Agama Islam Selangor, (t.t), Sister In Islam, Wajah Gerakan
Islam Liberalisme di
Malaysia. Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 53.
[8] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam
Liberal : Isu dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam
Selangor. Hlm. 53.
[9] Mazlan Ibrahim,
Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu dan
Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 54.
[10] Umat Islam di Indonesia telah diharamkan untuk menganggotai kelompok Islam
Liberal melalui fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Ulama Indonesia (MUI) pada
25 Julai 2005.
[11] Pada tahun 2003, persidangan KALIF yang berkisar tentang Islam dan cabaran
madeniti telah dihadiri ramai tokoh-tokoh Islam Liberal dengan tujuan untuk
mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap
warisan Islam. (al-turath al-islami)
No comments:
Post a Comment