AIDCNews – 26/11/13 – “Watak Muslim Liberal ini ialah
dia mesti terima demokrasi mutlak ala Barat, tak ada sempadan. Itu sebab
kadang-kadang kita tengok dalam negara kita ini, kita terima demokrasi.
Tapi kenapa ada lagi suara-suara yang macam seolah-olah negara kita ini
tak demokrasi.
“Sebab apa, sebab pada dia demokrasi bukan sahaja pada pemilihan
pemimpin, pilihanraya sahaja..tak. Demokrasi itu semua benda termasuk
kalau ada orang nak demo cara hidup gay..lesbian, itu demokrasilah. Kena
terimalah kebebasan mereka masing-masing,” Kata Ustaz Mohd Hazizi Abd.
Rahman, Ketua Biro Pembangunan Kepimpinan ISMA dalam ceramah bertajuk
“Mendepani Liberalisme : Satu Hijrah Ummah” di Dewan Seminar Masjid
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, 7 November 2013.
Ikutilah penjelasan beliau selanjutnya :
Mendepani Liberalisme : Satu Hijrah Ummah
Tajuk yang akan dibincangkan penting sebab ia mengancam jati diri
kita sebagai Muslim. Dia bukan mengancam harta benda. Harta benda kita
boleh cari tetapi bila dia mengancam agama, agama tiada galang ganti.
Jadi, tajuk ini amat penting untuk diperbincangkan.
Saya secara peribadi, sudah banyak membincangkan tajuk ini di banyak
tempak sejak tahun 2011 secara intensifnya. Walaupun tajuk ini sudah
begitu lama diperbincangkan sebenarnya semenjak saya belajar di Al-Azhar
sendiri. Banyak yang saya temui dalam ceramah-ceramah yang saya lalui
ini, ramai di kalangan terutamanya muda-mudi tidak tahu sangat tentang
perkara ini. Tetapi penyakit itu berlaku. Penyakit Islam Liberal itu
berlaku tetapi ramai yang tidak menyedarinya di mana, apa simptonnya dan
sebagainya.
Hatta, saya selalu bertanya, siapa tahu tentang Deklarasi Hak Asasi
Manusia Sejagat 1948, minta angkat tangan pelajar-pelajar universiti.
Jadi, apa saya dapati konsisten tidak sampai 20 peratus yang angkat
tangan. Maknanya 80 peratus pelajar universiti pun tak tahu.
Deklarasi itu merupakan doktrin yang diperjuangkan oleh aliran liberal ini. Jadi, tajuk ini amat penting untuk kita selami.
Pertama sekali ialah tentang bahaya serangan pemikiran. Ramai orang
sedar bahawa bila sebut serangan ini dia terbayang bom, peluru, senapang
dan sebagainya. Tapi ramai yang tak sedar adanya serangan pemikiran.
Musuh mengalahkan kita dengan serangan pemikiran dan identiti diri
sebelum senjata, itu lebih bahaya.
Yang kedua, kita tengok sejarah penolakan agama di Barat yang kaitannya dengan fahaman liberal.
Dan ketiga, mahfum pemikiran liberal ini, apa yang kita boleh faham
tentang pemikiran liberal. Dan akhir sekali Islam Liberal sebagai satu
ancaman.
Beza Barat & Islam
Sebelum kita pergi jauh, kita ingat semula misi kita hidup di atas
dunia ini. Sebab apa-apa pun, dia akan kembali ke situ. Allah Subhana wa
taala menyatakan siapa kita. Kita tak perlu fikir sebagaimana orang
Barat. Orang Barat ini dia nak tahu diri dia siapa ni, sampai sesat
entah ke mana.
Saya pernah bertanya soalan kepada dalam satu group internet.
Kalau manusia tidak dapat menjawab tiga soalan, maka dia tidak ada beza
dengan binatang. Itulah manusia ni dari mana, nak ke mana dan apa
peranan atas muka bumi ini. Kalau dia boleh jawab benda itu, berbeza
dari binatang.
Maka, mereka menjawab, orang Barat, aties, saya rasa jawapan itu
tidak ada beza binatang dengan manusia. Kita kata binatang itu tiada
tamadun. Dia jawab siapa kata binatang itu tiada tamadun, kita tak tahu.
Kemudian, dia kata pula, tamadun manusia dengan makanan dalam tin itu
memudaratkan. Itu isu nak menjawab persoalan dia itu siapa.
Orang Barat sesat, dia tak tahu jawapan sedangkan kita orang Islam
tahu jawapan dengan wahyu, malah diberitahu kita ini siapa. Kita ini tak
diciptakan melainkan untuk beribadah kepada Allah Subhana wa taala.
Kita ini hamba. Jadi, kita tahu daripada awal lagi kita ini hamba.
Bila kita bincang lebih lanjut lagi tentang liberal, hak asasi
manusia, kebebasan individu dan sebagainya jadi kita tahu kita sebagai
hamba dan betul kita bebas tetapi mesti ada had seorang hamba. Itu
asasnya sudah berbeza antara kita dengan pemikiran liberal Barat.
Agama disempitkan ke ruang peribadi
Pokok liberal menganggap bahawa Islam itu seperti agama Kristian, itu
ialah isu peribadi, amalan peribadi. Tapi Islam tak macam tu. Islam
adalah agama yang syumul yang merangkumi segala sesuatu yang diredhai
dan disukai Allah Subhana wa taala sama ada melainkan semua itu adalah
ibadah.
Jadi, agama yang syumul inilah yang jadi masalah kepada mereka kerana
dalam Islam itulah termasuk kekuasaan dan politik, ekonomi, kekayaan
dan sebagainya. Jadi, ini boleh mengugat kekuasaan mereka ke atas dunia.
Sebab itu mereka jadikan kita sasaran supaya Islam itu dikecilkan
menjadi satu juzuk, hanya amalan peribadi semata-mata.
Untuk kita berperanan sebagai hamba, sejarah telah terakam dalam
al-Quran yang mana Allah Subhana wa taala menciptakan Adam dan minta
kepada semua makhluk masa itu untuk sujud kepada Adam dan iblis enggan
untuk sujud.
Bermula sejarah di situ, dendam iblis untuk menyesatkan anak Adam.
Jadi, kita bercakap tentang Islam Liberal, liberalism..ini semua adalah
merupakan salah satu daripada cara-cara syaitan untuk menyesatkan bani
Adam daripada peranan dia yang asal. Benda dah dirakam, disebut dalam
al-Quran, selama-lamanya kita kena faham itu adalah perkara yang berlaku
sebenarnya.
Iblis minta dia dipanjangkan umurnya hingga ke hari kiamat. Maknanya,
iblis yang enggan sujud pada Adam itu hidup lagi sampai sekarang. Kita
ini beriman kepada Nabi Muhammad SAW pun dah tak ada tapi iblis itu
hidup lagi sampai sekarang dan dia ajar kepada anak buahnya syaitan
untuk menyesatkan bani Adam.
Musuh Islam, Yahudi & Nasrani
Jadi, kita kena faham musuh kita macam tu dan di kalangan umat
manusia ejen atau penggerak yang menyesatkan bani Adam ini ialah Yahudi
dan Nasrani. Ini bukan kita yang mendakwa sesuka kita, itu memang dalam
al-Quran menyatakan begitu. Allah Subhana wataala menyatakan begitu
secara jelas kecualilah kita tak beriman dengan Allah Taala, kita boleh
tolaklah yang ni. Ini merupakan satu hakikat yang Allah Taala beritahu
tentang diri kita yang Yahudi dan Nasrani itu takkan redha dengan kamu.
Perangai Nasrani ini dia tak akan redha. Jadi, mereka akan sentiasa
menjadi alat kepada syaitan untuk menyesatkan bani Adam.
Satu lagi masalah penting bila kita kata penyesatan ini,
penyimpangan, penyelewengan bani Adam, fungsi dia beribadah kepada Allah
Taala. Ini berlaku secara tidak disedari sepertimana Nabi Muhammad SAW
bersabda, ‘kamu akan ikut perangai, langkah, jalan orang dahalu daripada
kamu.’ Ikut sampai kalau mereka ini masuk dalam lubang biawak, kamu pun
ikut. Kamu ikut sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta masuk
lubang biawak.
Ertinya benda ini berlaku secara tak sedar, sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta secara tak disedari. Itu lagi bahaya. Kalau orang
hunus senjata depan kepala kita, kita boleh tahu bahaya tapi ini benda
tak sedar. Benda berlaku meresap dalam fikiran kemudian diterjemahkan
dalam cara hidup sehinggalah akhirnya masyarakat hanya akan tinggal nama
Islam tetapi perangai, akhlak, akidah, pegangan hidup tidak lagi
sepertimana yang sepatutnya.
Sejarah penolakan agama di Barat
Kita masuk point seterusnya sejarah penolakan agama di
Barat. Sebab liberalisme ini ataupun pemikiran dari Barat, tak ada kena
mengena dengan kita tetapi dibawa masuk kepada kita. Seolah-olah kita
ini bermasalah, sedangkan mereka yang bermasalah sebenarnya.
Barat sebenarnya pernah hidup dikata sebagai satu zaman kegelapan.
Seribu tahun mereka hidup dalam kegelapan. Dicengkam oleh ajaran gereja
yang entah apa-apa, itu bahasa sayalah tu. Sebab, mereka mengikut ajaran
gereja yang telah campur aduk dengan ciptaan, rekaan paderi-paderi
mereka. Kita tahu, Bible yang ada itu bukan Injil. Jadi, bila ciptaan
manusia ini datanglah ajaran yang pelik-pelik. Bible itu sendiri pun
banyak versinya dan sebagainya sebab terlalu banyak campur tangan
manusia dalam wahyu dan campur tangan manusia itu sampai ke tahap
perkara melibatkan akidah. Isa a.s tidak pernah ajar Trinity, tetapi
benda itu berlaku.
Akhirnya timbullah ajaran-ajaran yang pelik-pelik, amalan-amalan yang
pelik-pelik dan gereja pada masa itu pada masa era kegelapan 400 M-1500
M mencengkam kehidupan mereka. Apa sahaja yang mereka nak buat mesti
dengan restu gereja. Gereja mendoktrinkan, memberi
kepercayaan-kepercayaan, pemikiran-pemikiran daripada paderi-paderi ini.
Antaranya sebagai contohnya ialah mereka mengatakan bahawa pusat
kepada galaksi ini bukan matahari. Kita belajar dari kecil, belajar
sains kita tahu cakarewala ini di tengah-tengahnya matahari. Gereja
zaman dahulu, dia ajar yang tengah-tengah ini adalah bumi.
Jadi, akhirnya berlakulah konflik. Apabila saintis mereka seperti
(Nicolaus) Copernicus, saintis ini merupakan paderi juga. Dia mengkaji,
tengok-tengok ..tak betul. Bumi bukan berada di tengah, yang berada di
tengah adalah matahari. Apa jadi? Gereja bangkit marahlah. Ini tak boleh
jadi, dah lawan tauke. Jadi, berlaku konflik kat situ. Sebab apa
berlaku konflik? Sebab memang ajaran gereja itu sudah palsu.
Bila penyelewengan daripada kebenaran, ia akan direspon dengan satu
lagi penentangan terhadap penyelewengan itu satu lagi ajaran yang lebih
ekstrim sehingga akhirnya Barat menolak terus agama mereka. Berpunca
daripada perkara-perkara yang tidak diterima oleh akal.
Kemudian, diikuti oleh Giardano Bruno, ini nama-nama saintis yang
juga paderi yang mengkaji dan menolak beberapa doktrin ajaran Kristian.
Bruno ini sendiri dibakar hidup-hidup sebagai pengajaran kepada orang
lain agar jangan menentang ajaran gereja. Ini sejarah mereka. Tidak ada
berlaku dalam Islam macam ini.
Datang pula Galelio Galilei. Kita pun belajar sains, kita tahu siapa
Galelio Galilei. Tetapi dalam sejarah Barat, dia juga salah satu nama
yang penting terlibat dalam sejarah penentangan agama sedikit sedikit
tanpa disedari.
Kemudian datang Rene Descartes di Perancis yang mula membawa
fahaman..sebab bila saintis mengkaji, akhirnya banyak bertentangan
dengan agama Kristian, jadi dia buat satu formula bahawa medan sains
dengan agama berasingan, tak ada kena-mengena. Tak payah bergaduhlah
bahasa mudahnya. Tetapi itu sementara sahaja kerana akhirnya dia akan
jadi menolak agama seratus-peratus.
Datang Francis Bacon di Britain. Salah satu isu itu boleh jadi salah
satu peratus di sisi sains tetapi seratus peratus jika agama berkata
begitu. Jadi, dia cuba untuk selarikan antara agama dengan sains. Tapi
benda itu tak bererti di situ, datang pula Spinoza. Spinoza ini
lagilah..dia merupakan pengasas kepada kaedah membaca “kitab suci”
sepertimana kita membaca buku sejarah, budaya, sastera dan sebagainya.
Boleh dikritik, bukan diterima bulat-bulat.
Kerana apa mereka mengeluarkan teori ini? Kerana dalam Bible itu
macam-macam benda yang tak masuk akal. Jadi, akhirnya takkan nak terima
bulat-bulat, kena kritik. Macam mana kita baca buku sastera boleh
kritik, Bible pun macam itu juga. Nanti kita akan sampai (bincang),
orang akan buat benda yang sama terhadap al-Quran.
Di sini, dia sudah mulakan satu kepercayaan, pegangan bahawa sebenarnya Tuhan ni ada ke tak, tidak pasti. Yang pasti adalah nature, alam tabii.
John Locke
Kemudian, datang pula John Locke. John Locke ini bapa kepada
liberalism klasik. Kita kena ingat, liberalism ni pun banyak benda dah,
neo-liberalisme ada..macam-macam. sebab apa? Sebab manusia tidak akan
jumpa jalan hidup yang betul.
Jadi, liberalism ini, masa diasaskan oleh John Locke nampak bagus.
Dia boleh mengeluarkan ayat daripada penguasa raja yang zalim dan juga
gereja yang zalim. Lagi liberalism mengutamakan hak asasi manusia.
Tetapi dengan berlalunya masa, mereka dapati tak ada juga. Mereka
merasakan liberalism ini terlalu mengutamakan hak individu, kebebasan
sehingga pening juga kepala manusia dan akhirnya ditukar macam-macam
liberalism. Liberalism bukan ada satu sahaja, ada liberalism klasik, ada
neo-liberalisme dan sebagainya.
Tadi, ada kata agama satu sudut, sains satu sudut, tapi John Locke
pergi jauh lagi bila bertentangan agama dengan sains maka perlu
diutamakan sains, perlu utamakan akal. Kalau tak, maknanya kita menolak
cahaya kedua-duanya. Dia punya bahasa cantik padahal dia tolak agama
dia.
Dia merupakan orang pertama yang memperkenalkan toleransi agama.
Toleransi agama pada mereka ini ialah bila mendapati masyarakat bergaduh
kerana agama, masing-masing dengan pegangan suci masing-masing,
berperang dan sebagainya, maka dia keluarkan formula bahawa semua agama
(sama) sahaja, tak payah bergaduh. Ini yang berlaku di Barat.
Kemudian, datang pula Isaac Newton, budak-budak belajar sains pun
kenal sangat Isaac Newton ni sebab dia memperkenalkan kaedah di sana
adanya sebab dan musabab. Dia yang menemui kuasa graviti dan sebagainya.
Jadi, kuasa sebab musabab ini setiap benda ada sebab. Kenapa hujan ? Ia
ada tafsirannya fenomena berlaku jatuhnya air daripada langit,
berlakunya hujan.
Jadi, benda ini sedikit demi sedikit, lama-kelamaan orang Barat
mengatakan setiap perkara itu ada sebab musababnya, tidak ada campur
tangan Tuhan kat situ. Jadi, setiap benda yang boleh ditafsirkan, boleh
dihurai, dikaji, tiada kuasa Tuhan di situ. Jadi, akhirnya menyebabkan
masyarakat Barat berdasarkan kepada Teori Newton ini, membawa kepada
kepercayaan atheism. Maknanya menolak agama ataupun sekurang-kurangnya
mereka mengatakan dia percaya Tuhan, mereka Kristian tetapi mereka tidak
perlu terikat dengan Bible ke, gereja dan sebagainya. Itu sebab kalau
kita pergi ke negara Barat, gerejanya kosong tapi mendakwa mereka
Kristian. Majoriti rakyatnya sudah menjadi atheist, tak percaya pada
mana-mana agama dan tuhan. Itu hasil penolakan mereka terhadap agama
mereka sendiri.
Apa yang saya bentangkan ini adalah satu konflik antara gereja dengan
saintis di peringkat elit, orang terpilih sahaja. Masyarakat bawahan
ini Kristian biasa, tak tahu apa kecuali selepas berlaku Revolusi
Perancis yang jatuhnya Raja dan sebagainya barulah mula menular sampai
sekarang masyarakat Barat menolak agama mereka sendiri dan menjadi
atheist.
Jadi, kesimpulannya bila gereja membawa ajaran-ajaran yang tidak
masuk akal dan berlaku penentangan, protes daripada rakyat, itu yang
lahirnya mazhab Protestan. Mazhab Protestan ni, Kristian Protestan ini,
ia tak ada Bible tak ada gereja. Sebab pada dia, kalau ada Bible ni
maknanya dia jadi terikat. Dia kata ini ciptaan manusia.
Individu & Liberalisme
Yang keduanya, dalam mengurus masyarakat dunia ini ada dua mazhab
atau aliran. Macam mana nak menguruskan manusia. Pertama sekali,
utamakan individu. Itu datangnya liberalism.
Dulu mungkin ramai di kalangan kita ini yang sempat dengan Perang
Dingin antara Russia dengan Amerika yang mana Amerika mewakili kem
liberalism yang mengutamakan hak asasi individu. Manakala Russia pula
sosialisme, mengutamakan kolektif.
Ini semua adalah formula-formula mereka untuk mengurus manusia.
Formula datang daripada idea manusia terlepas daripada ajaran wahyu.
Sebelum itu, kita kena tengok sejarah Barat dia tolak agama dia, maka
lahirlah iktikad-iktikad yang baru, pegangan-pegangan baru. Walaupun
saya sebut benda ini dan berlaku di Barat, sekarang dah mula bercambah
terutamanya di kalangan generasi muda di Malaysia. Iktikad-iktikad yang
cuba mempersoalkan perkara-perkara yang menjadi pegangan kita selama
ini. Mereka sudah mula meragui betul ke Tuhan itu ada, tak pernah tengok
pun dan sebagainya. Tak boleh nak dibuktikan dengan sains. Kemudian
alam ini wujud secara semulajadi dan mereka meletakkan akal sebagai
pemutus bagi segala masalah.
Ini mereka punya kepercayaan dan yang penting sekali saya nak sebut
kebenaran relatif, tak ada kebenaran mutlak. Kita orang Islam, kita ada
pegangan kita, ada kebenaran mutlak maknanya apa Allah Taala sebut, itu
kebenaran mutlak, tak ada orang lain boleh sanggah.
Kebenaran relatif ni macam ini, kalau saya katalah LCD depan saya ni,
saya kata ada cahaya kat situ. Tuan-tuan yang di belakang akan
menafikan, eh tak ada cahaya. Belakang ada cahaya tak? Tak ada. Jadi,
saya kata kebenaran relatif saya ia keluarkan cahaya. Itu relatif untuk
sayalah orang lain tak semestinya betul.
Bila saya sebut Allah itu satu, itu pada orang Islam, tak semestinya betul, relatif. Kita kata, gay itu adalah cara hidup yang songsang. Itu pada kita tak semestinya betul, orang lain tak macam tu. Itu disebutkan kebenaran itu relatif.
Bila saya sebut Allah itu satu, itu pada orang Islam, tak semestinya betul, relatif. Kita kata, gay itu adalah cara hidup yang songsang. Itu pada kita tak semestinya betul, orang lain tak macam tu. Itu disebutkan kebenaran itu relatif.
Benda ini sudah mula bercambah. Dia bercambah, menular dengan
mempersoalkan benda-benda yang memang mutlak benar. Macam al-Quran, dia
boleh persoalkan benda-benda dalam al-Quran itu. Dia sudah mula pergi ke
arah kebenaran itu relatif.
Kemudian sekuralisme. Lahir daripada sini sekularisme bila ditolak
agama, paderi ada juga, golongan agama mereka ada lagi. Macam mama nak
selesaikan masalah ini? Jadi, dibawa satu formula sekularisme sesat. Tak
payah bergaduh di situ. Jadi, agama hanya digunakan isu berkaitan
dengan rohani dan juga kehidupan peribadi.
kebebasan Individu
Liberalism adalah pemikiran memberi tumpuan kepada hak asasi
individu. Kebebasan individu mengatasi penguasa dan juga kelompok
sosial. Ertinya, kebebasan individu itu berada di atas mengatasi
kerajaan dan agama. Mudah cakap macam inilah, liberalism itu adalah
fahaman kebebasan termasuk bebas untuk kufur dan maksiat. Senangnya,
ialah kebebasan mutlak termasuk kebebasan untuk kufur dan maksiat.
Ini disebut pasal kebebasan, ia kebebasan, apa masalahnya? Memang
tiada masalah. Islam itu dibawa lailahailallah muhammadur rasulullah,
berasaskan manusia, daripada perubahan sumber manusia. Kita memang
membebaskan manusia tetapi bila kita sebut bahawa kebebasan itu sampai
tahap untuk kufur dan melakukan maksiat, itu tak betul.
Jadi, mereka gunakan kekeliruan-kekeliruan itu. Ada juga yang
mengatakan liberal ini berfikiran terbuka, (itu) salah. Berfikiran
terbuka itu hanyalah ia punya sikap yang ada pada manusia. Tetapi bukan
liberalism itu ia terbuka sampai tahap untuk kufur. Terbuka untuk kufur
dan melakukan maksiat. Itu yang masalah besar kepada kita.
Mereka menuduh kepada orang yang menolak liberalism sebagai seorang
yang berfikiran sempit dan tertutup. Itu dia cara zaman sekarang ini,
peperangan media peperangan label-melabel. Bila disebut ekstrimis,
pemikiran sempit, orang pun haa..sempit, padahal dia tak bincang lagi
apa benda yang sempit itu.
Membataskan kuasa kerajaan
Jadi, kesimpulannya, kebebasan individu itu berada di atas. Kerajaan
ni tak boleh buat lebih-lebih. Contohnya, kalau orang minum arak,
kerajaan tak payahlah nak ada kuasa tangkap orang minum arak pula, itu
hak individu. Kerajaan jaga benda-benda buat jambatan dan sebagainya
cukuplah.
Kerajaan pada liberalisme hanya tiga fungsinya. Maknanya, kita buat
pilihanraya ni, lantik kerajaan ni, kerajaan ni jangan sangat banyak
kuasa. Pertama sekali jaga keselamatan. Kerajaan mesti menyediakan
polis, tentera. Yang keduanya, masyarakat mesti akan bergaduh, mesti ada
konflik, nak kena cari mahkamah untuk selesaikan masalah ini. Jadi,
kerajaan kena uruskan mahkamah. Dan yang ketiga ialah kemudahan awam,
transportasi dan sebagainya.
Jadi, tiga ini sahaja peranan kerajaan, jangan lebih, ini pada pemikiran liberal.
Jadi, kerajaan kita di Malaysia ini dah lebih, sebab kita ada Jabatan
Agama. Kita ada Jabatan Agama dan kita ada bahagian penguatkuasa
Jabatan Agama ni. Jadi, itu dah lebih, jadi mengacau hak individu
(kerana) tiada kaitan dengan keselamatan, keadilan, kemudahan awam…
Saya ringkaskan, konsep kenegaraan kita ini di Malaysia dengan bentuk
kerajaan yang ada, amat bertentangan dengan cara fikir liberal. Dia tak
boleh terima dan dia akan perjuangkan hingga akhirnya Malaysia menjadi
negara sekular, tak ada langsung campur tangan agama dalam urusan
pentadbiran negara. Itu dia punya konsep.
Jadi, ciri-ciri khusus liberalism pertama sekali individu. Ia
berpaksikan kepada individu dan kebebasannya. Cara mereka membuat
keputusan ialah berdasarkan kepada akal, rasional. Itu kadang-kadang
kita sebut juga rasionalisme. Cara fahaman berasaskan kepada rasional,
berasaskan kepada logik akal semata-mata.
Pluralisme Agama
Kemudian pluralisme agama. Bila kita sebut liberalism, tak boleh lari
daripada pluralisme agama. Pluralisme agama ertinya kesamarataan agama.
Sebab apa? Macam saya sebut tadilah, liberalism maknanya pluralisme
kebebasan individu. Individu nak buat apa pun boleh. Tapi bila semua
individu buat apa saja boleh, akan jadi konflik sebab ada orang pegang
pada agama ini, ada orang pegang pada fahaman ini.
Macam kita orang Islam, kita tak boleh terima manusia yang nak
mengadakan perhubungan antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan
perempuan di depan kita, tak boleh terima, sebab itu pegangan kita. Bila
macam itu akan berlaku konflik. Alhamdulillah kita ni tak ramai. Cuba
kalau ramai, konflik.
Jadi, macam mana nak selesaikan masalah konflik ini. Maka, dia bawa
satu lagi formula, kita ni sama rata. Ertinya, agama kita itu untuk kita
dan mereka pun ada cara mereka. Jadi, tak payah bergaduh di situ.
Jadi, konsep sama rata ini dalam keadaan ini diperkenalkan sebagai
satu kaedah untuk mengharmonikan masyarakat dalam kerangka Barat. Dalam
kerangka Islam lain cara harmoni kita. Islam, masyarakat akan jadi
harmoni, harmoni sungguh dan bahagia sungguh hidup atas muka bumi ini
dengan Islam. Bila Islam memerintah, maka masyarakat akan jadi bahagia.
Tapi kalau harmoni cara sama rata agama macam yang diajar oleh Barat,
ia tidak akan jadi selama-lamanya. Itu terbukti di banyak tempat,
terutamanya golongan minoriti Muslim tertindas, dibunuh dan sebagainya.
Mereka memperjuangkan tentang hak asasi manusia, hak asasi individu.
Macam mana dengan warga Iraq, 3 juta mati semasa diseksa semasa perang
dulu. Tujuh tahun dikepung, disekat ekonomi. Kanak-kanak Iraq yang mati.
Mereka senyap.
Ini yang dikatakan sebagai idea, manusia tak akan menemui jalan
penyelesaian. Jadi, mudahnya di sana ada pluralism sebagai satu dasar
menerima kepelbagaian dalam bentuk sama rata. Kita menerima kepelbagaian
agama ini tetapi Islam tetap superior, tetap tertinggi.
Liberalism mengutamakan individu dan kebebasan individu hatta kebebasan untuk kufur dan maksiat.
Dan rasionalisme, maknanya mereka memutuskan semua benda ini berasaskan akal.
Dan rasionalisme, maknanya mereka memutuskan semua benda ini berasaskan akal.
Humanisme
Semuanya berpaksikan kepada humanisme. Humanisme ni mudah ceritanya
adalah hawa nafsu, kehendak manusia. Manusia nak apa dia buat. Kalau
manusia ni dia suka perempuan dengan perempuan, itu ikut dia. Tak ada di
sana gereja nak kena halang ke apa, tak ada.
Jadi, benda-benda macam ini tak ada kena-mengena dengan kita
sebenarnya. Apa yang saya cerita daripada awal ini, semuanya cerita
tentang negara Barat. Tentang masyarakat Barat yang hilang identiti, tak
tahu dia itu siapa, tak tahu dia nak buat apa atas dunia ini dan dia
merekacipta cara hidup sehingga menjadi satu pegangan umum kepada
masyarakat dunia pada hari ini.
Islam Liberal
Kita masuk pada Islam Liberal. Sebenarnya perkataan ni awal-awal lagi
tak kena. Islam..Islam lah, macam mana Islam ada liberal pula. Ini
seolah-olah Islam ini perlu disifatkan semula. Islam tak cukup sifat
macam budak lahir tak cukup sifat, seolah-olah begitu. Tetapi kita
terpaksa sifatkan juga kerana mereka ini mengaku mereka Islam. Mereka
bukan sahaja mengaku mereka Islam bahkan mereka mengatakan mereka nak
buat tajdid, pembaharuan ke atas agama Islam ini yang selama ini rigid.
Lagi hebat, mereka nak jadi mujadid. Terpaksalah Islam liberal.
Dari mana datangnya? Kita kembali nota awal apa yang saya sebutkan
tadi penyesatan secara terancang, kelencongan pemikiran. Kita sebut
lencong. Lencong ni perkataan yang menujukkan benda itu secara kita tak
sedar, lencong sikit saja. Maknanya, kalau kita jalan lurus, lencong
sikit, akhirnya di hujung kita akan jauh daripada jalan keluar. Itu yang
berlaku untuk Islam Liberal ini.
Puncanya, pertama sekali adalah takjub kepada Barat. Kalau kita pergi
negara Barat memang secara zahirnya ramai yang terpegun. Baru ini saya
ke Australia, kebetulan. Benda baru saya jumpalah, sebelum itu saya
pergi tak ada. Orang Barat ni suka bawa anjing jalan-jalan. Ada satu
undang-undang, anjing ni kalau berak atas jalan, keluar najis, kena
kutip. Di wakaf-wakaf atau taman rekreasi ni ada disediakan plastik,
tuan ni kena kutip najis itu, kalau tak dia kena denda. Maknanya,
bersihlah tempat tu. Negara kita boleh buat macam tu.
Jadi, banyak benda-benda secara zahir ini mengkagumkan mereka.
Kebebasan..bebas nak buat apa pun. Jadi, pun terpegun juga. Kalau
seseorang itu tak kuat asas Islam dia, dia tak tahu Islam dia amat-amat
indah, maka dia akan terpegun.
Yang keduanya ialah jahil. Jahil tentang Islam kemudian bila
dimomokkan tentang Islam yang sebenarnya dirujuk kepada Iran sebagai
negara Islam, Republik Islam Iran, tengoklah. Yang keduanya rujuk kepada
(Arab) Saudi, tengoklah negara Saudi ini. Sedangkan negara-negara itu
tidak boleh menjadi model seratus-peratus negara Islam yang Islam yang
kita hendak. Islam yang sebenarnya tak semestinya macam itu.
Jadi, benda-benda yang macam ini menyebabkan mereka terpesona dengan
pemikiran liberal ini dan mula datang dengan niat ataupun mereka sebut
mentajdid, nak memperbaharui dan memajukan negara. Sehingga mereka
mengatakan, selagi mana kita tidak berpaut pada fahaman liberalism ini,
umat Islam di Malaysia tak akan maju.
RAND Corporation
Ia merupakan satu kerja terancang berdasarkan kepada satu dokumen
yang kita boleh tengok kat internet, boleh cari, boleh download, tebal
jugalah saya download, ‘Building Moderate Muslim Network’, satu laporan
yang dibuat oleh RAND Corporation berdasarkan kajian mereka lakukan pada
2004-2007. Tiga tahun mereka mengkaji untuk mengesyorkan kepada
kerajaan mereka bagaimana untuk mendepani negara-negara Islam.
Mereka kaji. Itu memang perangai orang Barat, sebelum buat apa-apa
dia kaji dulu. Selepas tiga tahun mengkaji, mereka mencadangkan kepada
kerajaan mereka untuk mengambil rakan sekutu macam mana menguasai negara
Islam. Mereka tak mencadangkan untuk melakukan serangan fizikal tapi
mereka mencadangkan untuk menyebarkan fahaman liberal dan mereka
mengkaji, bahawa dalam Islam ini ada banyak kelompok, tradisionalis,
sufi, liberalis, moderat, Islamis, sekular Muslim..macam-macam,
kadang-kadang kita pun tak tahu. Macam-macam hala pemikiran ini.
Apa yang mereka lakukan ialah biar umat Islam ini perang sesama dia,
perang pemikiran, idea. Islam yang sebenar, Islam yang tulen itu perlu
dikalahkan dengan aliran-aliran Islam yang tidak tulen antaranya liberal
Muslim, pemikiran Islam Liberal.
Mereka mencadangkan bahawa Amerika dan Barat tidak boleh terlibat
secara langsung. Memanglah, kita pun tak boleh terima diaorang sebab
sejarah penjajahan secara fizikal itu sudah melekat dalam diri kita, tak
boleh terima orang masuk. Jadi, itu pengajaran bagi mereka. Apa yang
mereka boleh buat ialah mencari rakan sekutu dalam negara Islam itu
sendiri, itulah mereka mencadangkan Muslim Liberal. Perkara ini telah
berlaku di Indonesia dengan begitu berjayanya. Islam Liberal ini amat
berjaya di negara Indonesia.
Mereka mencadangkan Liberal Muslim kerana pertama sekali, tiada
pertentangan tentang agama Islam dan demokrasi. Prinsip demokrasi Barat
ini, demokrasi segala-galanya. Kalau kita demokrasi pilih pemimpin saja.
Tapi mereka ini, demokrasi sampai tahap boleh menyuarakan apa sahaja
pandangan walaupun ianya bertentangan dengan akidah. Walaupun menghina
Nabi Muhammad SAW, itu termasuk dalam demokrasi.
Pluralism, kesamarataan agama, hak individu.
Kemudian, liberal Muslim
ini syariah adalah produk dan pengalaman sejarah. Jadi, yang kita dok
beramal dengan hukum feqah itu, semua ini pandangan ulama dulu.
Di kalangan mereka ini ada juga sebut, Nabi Muhammad SAW ini tidak tahu apa yang berlaku hari ini. Itu antara kenyataan mereka, bukan di Malaysia tapi di luar. Ini pemikiran Islam Liberal.
Di kalangan mereka ini ada juga sebut, Nabi Muhammad SAW ini tidak tahu apa yang berlaku hari ini. Itu antara kenyataan mereka, bukan di Malaysia tapi di luar. Ini pemikiran Islam Liberal.
Good Governance
Apa yang paling penting di sini, saya nak tekankan, kerajaan Islam itu dinilai secara proses demokratik, menjamin kelangsungan good governance. Mereka kata Islam itu hanyalah good governance sahaja. Ada pun isu hukum-hakam yang ada dalam al-Quran itu perkara tak penting. Yang penting adalah good governance,
pentadbiran secara baik, yang terbaik, amanah dan sebagainya. Adanya
hukum-hakam dalam al-Quran, itu tak perlu, perkara yang tak penting.
Hatta, kalau pemimpin bukan Islam pun tak apa. Itu sebab mereka
senaraikan negara Islam terulung di dunia sekarang ini, mana? New
Zealand. Berdasarkan fahaman Islam Liberal ini, dia mengatakan bahawa
negara Islam terulung sekarang, zaman kita ini ialah New Zealand kerana
amat berkurangnya tahap rasuahnya, good governancenya tinggi. Itulah Islam yang sebenarnya. Itu cara fikirnya.
Jadi, kajian RAND Corporation ini mencadangkan agar Amerika bantu
Muslim Liberal yang dikatakan sebagai ‘Moderat Liberal Muslim’. Moderat
ini pertengahan, baguslah pertengahan. Tapi moderat yang dimaksudkan ini
moderat berasaskan ciri yang dikehendaki oleh Amerika.
Pertama sekali, watak Muslim Liberal ini ialah dia mesti terima
demokrasi mutlak ala Barat, tak ada sempadan. Itu sebab kadang-kadang
kita tengok dalam negara kita ini, kita terima demokrasi. Tapi kenapa
ada lagi suara-suara yang macam seolah-olah negara kita ini tak
demokrasi. Sebab apa, sebab pada dia demokrasi bukan sahaja pada
pemilihan pemimpin, pilihanraya sahaja..tak. Demokrasi itu semua benda
termasuk kalau ada orang nak demo cara hidup gay..lesbian, itu
demokrasilah. Kena terimalah kebebasan mereka masing-masing.
Bila sebut pasal demokrasi, ada di kalangan umat Islam mengatakan
bahawa demokrasi Islam ada syura. Boleh terima demokrasi kerana ada
nilai bukan universal. Tapi, dia punya hasil akhir sekali yang penting
tak kisahlah dia punya demokrasi itu atas asas syura ataupun nilai
universal. Yang penting sekali demokrasi yang mereka hendak, yang mereka
identiti Muslim Liberal ini ialah demokrasi yang support
kesamarataan agama dan juga hak asasi manusia sejagat 1948. Deklarasi
Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, ada tiga puluh perkara yang menjadi
pegangan mereka.
Jadi, kita kata demokrasi, demokrasi kita itu jangan bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.
Islam tanpa ulama
Yang kedua, watak Muslim Liberal yang disokong oleh Amerika ini ialah
Muslim Liberal yang merujuk agama ini tanpa merujuk kepada ulama. Tak
adalah peranan ulama, mazhab ke apa..tak ada. Dia merujuk terus kepada
al-Quran kerana mereka mengatakan bahawa Quran turun kepada semua umat
manusia, semua orang. Quran ni bukan hak semua orangkah? Hak semua
orang. Jadi kenapa hak untuk mentafsir itu kepada ulama sahaja.
Budak-budak muda hari ini ramai juga terpengaruh, betul juga kan, takkan
ulama saja boleh tafsir, dia pun boleh tafsir.
Baru-baru ini saya ada jumpa dalam internet juga. Dia kata, bahawa
orang-orang kafir, bukan Islam ini dia tidak tertakluk dengan hukum
dalam Islam kerana dia kafir. Hukum harus, wajib, sunat dan makruh ini
untuk orang Islam saja. Maknanya, ayat-ayat Quran ni tak berkait dengan
mereka orang kafir kecuali ayat seruan untuk beriman bagi orang kafir.
Yang kedua hukum muamalaf berkait dengan urusniaga mereka, tak boleh
guna riba dan sebagainya. Yang ketiga jenayah, kalau jatuh hukum jenayah
mereka pun kena.
Tapi, dalam bab contohnya menggunakan kalimah Allah, apa hukum? Salah
soalan itu. orang kafir menggunakan kalimah Allah, tak ada hukum harus,
wajib, sunat atau makruh. Tapi, mereka tanya balik, mana dalil yang
mengatakan tak ada hukum? Jadi, benda itu perbincangan dalam usul fiqh.
Kita kena terang pula usul feqah, baru dia faham. Ini cara fikir
generasi terkini maknanya semua benda boleh bincang walaupun dia tak
pernah belajar benda itu.
Saya rasa semua ustaz hari ini berdepan dengan benda itu. Macam dia
ahli pula benda tu. Kita tak menafikan bahawa mereka perlu tahu benda
itu tetapi kadang-kadang dia tak boleh diterangkan dengan satu status
atau 10 minit, ia kena belajar.
Wanita & golongan minoriti
Ciri yang ketiga ialah Muslim Liberal dikatakan dia respek pada
wanita dan juga golongan minoriti. Mereka mengatakan Islam diskriminasi
wanita. Buktinya ialah dalam al-Quran mengatakan hukum harta pusaka,
wanita dapat separuh lelaki dapat penuh, itu diskriminasi. Dia bagi
hujah, kita kena isytihar lain, itu zaman Rasulullah SAW. Zaman kita tak
sesuai dah. Zaman kita ini wanita keluar bekerja macam lelaki bahkan
lebih teruk kerja daripada lelaki, balik rumah ada kerja lagi. Tiba-tiba
ayahnya meninggal, dia dapat separuh saja, mana boleh. Diskriminasi
Quran ini jelas sangat, kena ubah.
Jadi, benda-benda macam ini, kalau saya sebut macam betul juga. Sebab
apa kita kata betul. Sebab kita berada dalam kerangka masyarakat sistem
sosial Barat sebenarnya. Kalau ikut sistem sosial Islam, orang
perempuan tak payah kerja. Dia nak bekerja kerjalah tetapi tanggungjawab
nafkah orang lelaki. Dia ada gaji RM10,000 pun, dia tak ada
tanggungjawab bagi nafkah. Dia belajar setinggi mana pun, dia nak
bekerja itu hak dia.
Dalam sistem sosial Islam, wanita tak perlu cari makan, orang lelaki
cari makan. Kalau suami dia meninggal, adik-beradik lelaki, kalau tak
ada adik-beradik lelaki bapa saudara lelaki atau tak ada juga kerajaan
kena tanggung dia. Ibu tunggal ini kerajaan tanggung. Tak payah bantu
dia cari makan, itu salah. Kena tanggung. Wanita ini tanggungjawab dia
mendidik anak. Itu sistem sosial Islam. Kita pun pelik sikit, betul ke
ni. Kita lahir-lahir sistem sosial kita memang sudah macam itu. Mak kita
pun bekerja dari pagi sampai petang.
Jadi, bila diajukan persoalan ini, dalam Quran sebut perempuan dapat
separuh, kita pun mengangguk dululah ya tak ya juga. Tapi, yang penting
sekali, ayat itu ayat yang muktamad. Itu bahasa kita mudah fahamlah,
muktamad tak boleh nak tolak. Inilah benda-benda yang saya katakan
mempersoalkan al-Quran mengikut logik akal dan kita pula dalam suasana
yang tidak Islamik sepenuhnya, tidak mengikut cara hidup Islam
sepenuhnya, kita mengangguk dululah kemudian baru cari mana jawapannya.
Benda-benda macam ini dihamburkan dalam internet terutamanya, ruang
maya kita pada generasi muda yang ilmu Islamnya tak kuat. 70% daripada
masyarakat Islam tak sembahyang, maknanya pegangan agamanya tak kuat.
Bila dihamburkan benda-benda macam ni, kita pun faham yang akhirnya
mencairkan jati diri sebagai Muslim, amat-amat bahaya. Sebab itu mereka
dikatakan sebagai satu ancaman.
Jadi, Quran ini perlu ditafsir semula, itu ayat-ayat yang biasa
disebut. Bila sebut pasal demokrasi Barat ini, saya nak sebut sikit
sebab berkaitan isu panas dunia, isu Mesir. Ikhwanul Muslimun pegang
kuasa di Mesir dan mereka melaungkan demokrasi. Mereka mengatakan
demokrasi Ikhwanul Muslimun itu tak cukup kerana demokrasi Ikhwanul
Muslimun itu hanyalah untuk memilih pemimpin sahaja. Tapi, bila dia
memerintah, dia akan menjalankan hukum al-Quran maka Quran itu tidak
demokrasi. Jadi, mereka itu bukan liberal Muslim, Ikhwan itu bukan
Liberal Muslim, tak cukup demokrasi macam itu. Tetapi Liberal Muslim ini
demokrasi segala-galanya. Dan kalau dia memerintah, secara liberal
juga.
Oleh sebab itu, untuk menerangkan lagi siapa sebenarnya Liberal
Muslim ini, mereka senaraikan sebelas soalan. Saya bawakan teks asal
dalam bahasa Inggeris. Saya tak terjemahkan sebab saya bukan reka benda
ini, memang dia letak soalan itu. Daripada soalan ini bila dijawab, kita
boleh kenal siapa liberal, siapa tak liberal.
Antaranya ialah adakah dia menyokong demokrasi dalam erti kata
tradisi Barat, macam yang saya sebutkan tadi. Yang penting saya nak
sebutkan di sini ialah Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Adakah dia
menerima Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tanpa kecuali. Dalam
deklarasi itu ada tiga puluh perkara.
Perkara 18 adalah tentang kebebasan agama, maknanya bebas untuk tukar agama, bebas untuk murtadlah tu.
Jadi, Liberal Muslim ini kita boleh tanya soalan, terima tak keseluruhan deklarasi itu, perkara 1 sampai 30 termasuk perkara 18, tentang bebas untuk murtad. Kalau dia kata terima, dia Liberal Muslim. Boleh dibantu oleh Amerika untuk mereka lebih bersuara lantang di dalam negara kita.
Ini perkara 18 yang saya maksudkan tadi, “Setiap orang berhak atas
kebebasan fikiran, hati nurani dan agama. Dalam hal ini termasuk
kebebasan berganti agama atau kepercayaan dengan kebebasan untuk
menyatakan agama dan kepercayaan kami….”
Murtad
Ada orang kata, kita tak boleh nak paksa orang murtad. Dia dah memang
kufur. Boleh jaga ke? Itu hak dia lah nak kufur. Kita sebut di sini
ialah dalam Islam kita ada sistem yang mencegah murtad secara
terang-terangan. Murtad dalam hati kita tak tahu, hati kita tak boleh
nak pegang orang. Dia kufur kita tak tahu dan kita pun tak boleh nak
ubah supaya dia beriman. Tetapi, bila diisytihar dia murtad yang itu
kita boleh kawal dengan undang-undang supaya ia tak jadi penyakit, orang
lain pun bebas untuk murtad.
Bila sebut murtad ni nampak mudah. Kalau dia kena tangkap khalwat,
dia mengaku dia bukan Islam, lepaslah. Lepas itu jadi Islam balik. Cuma
satu kelebihan kita, kita ada Mykad tulis Islam kat situ. Bila tengok
kad pengenalan, ini orang Islam. Jadi, perkataan lima huruf (Islam)
dalam Mykad itu penting. Sekarang ini ada tuntutan untuk buang perkataan
agama Islam. Kita rasa alah lima huruf tu saja, apa benda tak ada apa.
Tapi kesannya besar dalam masyarakat kita yang tak berpegang teguh pada
agama.
Kemudian, untuk menjalankan tugas ini, untuk support Muslim
Liberal ini mereka ada agensi-agensi. Antara agensi-agensi yang amat
berjaya menjalankan tugas ini NDI (National Democratic Insitute) –
yayasan ini selalu disebut.
Ijtihad akal
Kita pergi pegangan Islam Liberal. Pertama sekali, kebebasan ijtihad
akal tanpa batas. Ertinya, mereka mendekati agama Islam ini, mereka
Islam, berdasarkan akal semata-mata dan semua benda boleh isytihar
termasuk contoh saya sebut tadi untuk mudah faham, ialah tentang
harta-pusaka. Maka, kita kena isytihar di situ berdasarkan situasi kita.
Oleh sebab itu, hari ini mereka sibuk menjalankan wacana-wacana,
diskusi-diskusi yang tidak perlu kepada sarjana Islam pun. Sesiapa
sahaja boleh bincang tentang Islam ini, sebab semua orang boleh
berisytihad memberikan pandangan.
Yang kedua, kritik al-Quran menurut nilai universal. Dalam al-Quran
banyak ayat tentang jihad, ‘Hendaklah kamu perangi…’. Perang ini
maknanya dia anggap sebagai bercanggah dengan nilai-nilai universal,
kononnyalah. Seolah-olah dalam dunia ini mereka tak berperang. Salah
satu contoh adalah hukuman bunuh.
Dalam dunia hari ini, sudah ada satu trend mansuh hukuman bunuh.
Kalau di Filipina contohnya, ia ada hukuman bunuh tapi dia tak
kuatkuasakan sebab nilai universal ke arah tidak ada hukuman bunuh. Di
negara-negara Barat macam tu lah, buatlah jenayah apa pun, kamu tak akan
dibunuh, penjara, makan minum tanggung.
Dalam Islam ada hukuman bunuh, itu memang sabit muktamad. Islam Liberal nak Islam ini diselarikan dengan nilai universal, tak ada hukuman bunuh. Ini kita kena tukar hukum Quran yang sabit dan juga Hadis Rasulullah SAW. Macam contohnya qisas, orang yang membunuh memang hukuman dia bunuh.
Itu dari segi nilai universal sudah bercanggah. Dia suruh kita ubah
dan dia nak ubah benda ini, tak boleh ubah dia war-warkan, bincangkan,
diskusikan untuk mempengaruhi lebih ramai orang untuk terima.
Kebenaran itu relatif dan plural. Saya katakan tadi, plural, semua
benda benar belaka. Tak payah bergaduh. Istilah tak payah bergaduh itu
penting. Jadi, orang ramai terpengaruh, kita ni hidup harmonilah jangan
gaduh-gaduh. Lain dia punya akidah dengan kita.
Songsang (LGBT)
Memihak kepada minoriti yang dikatakan tertindas. Minoriti ini saya
lupa sebut tadi termasuk maknanya mereka bukan sahaja etnik,
bangsa-bangsa minoriti tetapi termasuk juga pada mereka yang pelik,
maknanya songsang (LGBT).
Saya ingat lagi zaman 80-an, dulu tengok lelaki yang stail
dia..istilah lembut pun kita dah lain macam, tapi hari ini jumpa dah
jadi biasa. Jadi, dia nak lebih lagi ke depan, dia boleh isytihar ‘saya
gay saya ok’. Supaya masyarakat kita normal, benda itu biasa sahaja. Ini
dikatakan sebagai minoriti tertindas. Sebenarnya bukan tertindas, bukan
terpinggir, mereka meminggirkan diri dengan cara hidup itu.
Kemudian, perjuangan Islam Liberal ini pula bila sebut minoriti ini,
dalam negara kita sahaja, minoriti ini yang sama ada ajaran songsang
ataupun bukan Islam. Tapi macam mana minoriti di Burma, Filipina,
negara-negara bukan Islam yang menindas orang-orang Islam, itu mereka
tak berbunyi langsung.
Kemudian, kebebasan beragama dan tak beragama adalah hak asasi
individu. Agama tidak hak menentukan polisi negara. Maknanya, sesiapa
sahaja memerintah jangan bawa sesuatu polisi pentadbiran negara Islam,
ini tak ada. Maknanya nak jalankan hukum pemerintahan dalam al-Quran itu
tak ada. Agama merupakan hal peribadi, ia tak ada kaitan dengan
pemerintahan, tak boleh campur tangan kat situ.
Islamic Renaissance Front (IRF)
Saya nak memperkenalkan Dr Farouk Musa yang memang jelas
memperjuangkan cara fikir liberal. Dia mengetuai Islamic Renaissance
Front (IRF). Front kebangkitan Islam, nama sedap Front kebangkitan Islam
tapi yang dia bawa adalah cara fikir liberal dan dia buat dialog,
diskusi. Diskusi yang saya sebutkan tadi, walaupun kecil-kecilan tetapi
targetnya ialah supaya benda itu dibincangkan, merebak dan akhirnya
masyarakat rasa biasa yang akhirnya benda-benda muktamad dalam al-Quran
(jadi) biasa.
Di manakah keadilan di dalam Islam, tajuk pun dah membawa agar
masyarakat boleh mempersoalkan, tak tolak tak mengapa tapi mempersoalkan
cukup. Antara kes saya jadikan bukti di sini cara fikir liberal ialah
isu kes Kashgari, kelahiran Saudi yang menghina Rasulullah SAW.
Kemudian, dia datang ke Malaysia dan Kedutaan Malaysia hantar balik ke
sana. Balik ke Saudi itu hukuman dahsyatlah. Hukuman yang layak kepada
orang yang menghina Rasulullah SAW.
IRF melalui Dr Farouk Musa dia bangkang dan membuat kenyataan yang
jelas kepada kita, dia kata di sini ialah “Kashgari hanya mempraktis
kemanusiaan yang banyak syak, iaitu kebebasan bersuara dan kebebasan
nurani.” Kebebasan nurani itu maknanya dia tak percaya kepada Rasulullah
SAW. Dia kufur kepada Rasulullah SAW. Kemudian, kebebasan bersuara ini
dia nak hina Rasulullah, itu hak dia, dia keluar kenyataan macam itu.
Sisters in Islam
Kemudian Sisters in Islam (SIS) yang saya rasa tak perlu
diperkenalkan sangat ataupun memang dah kenal nama. Cuma beza antara IRF
dengan SIS ialah IRF ini dia guna Quran, Hadis, ulama untuk berhujah
Islam Liberalnya, itu lagi bahaya. Jadi, kita makin keliru.
Saya bagi contoh tentang SIS dan juga NGO-NGO wanita, dia menentang
satu akta, satu seksyen undang-undang yang memperuntukkan hukuman ke
atas lelaki yang memikat wanita berkahwin. Seksyen 498 NGO wanita
tentang. Seksyen 498 ini yang memperuntukkan hukuman ke atas orang
lelaki yang memikat wanita berkahwin. Orang laki ni pikat wanita
berkahwin, boleh ditangkap. NGO wanita ni marah, buang, mansuhkan.
Patutnya orang lelaki kena tangkap, orang perempuan rileklah tapi dia
marah. Sebab kalau dijatuhkan hukuman, maknanya ada seksyen ini tiadalah
ruang wanita berkahwin untuk dating. Itu maksudnya, jauh dia
pergi tu, kita pun tak terfikir. Dia nak kebebasan wanita ni tahap itu
walaupun dia dah berkahwin dia ada hak untuk berteman lelaki, macam
itulah. Jadi, kalau lelaki boleh ini ditangkap siapa nak berteman lelaki
dengan dia. Ini masalah cara fikir yang songsang.
Gejala liberal yang berlaku dalam negara kita yang mungkin ramai di kalangan kita tengok peristiwa ni yang macam tengok orang accident tepi jalan saja. Masuk suratkhabar accident mati lima beranak, macam itulah lebih kurang. Tapi kita tak perasan inilah gejala liberal, cara fikir liberal.
Lina Joy
Antaranya kes Lina Joy. Kes murtad, hanya minta buang perkataan Islam
di kad pengenalannya. Jadi, hujah dia ialah agama itu hak individu.
Cara fikir liberallah.
Kemudian, kes Kartika Sari Dewi, kat mana yang liberalnya. Kartika
Sari Dewi ni baguslah dia bertaubat apa semuanya tapi yang bising di
situ Sister in Islam. Sister in Islam guna hujah dia kata, “Kartika Sari
Dewi mengamalkan, mempraktiskan hak individu dia untuk minum arak. Dia
tak kacau orang pun.” Macam negara Barat, minum arak tak ada masalah.
Tak salah, nak mabuk tahap mana pun itu hak dia, tak apa tapi yang
penting jangan kacau orang. Jangan minum dan memandu. Kalau minum arak
jangan memandu, nanti accident kacau orang lain, nyawa orang lain, kena tangkap.
Jadi, dia bawa cara fikir liberal macam ini memperjuangkan Kartika
Sari Dewi walaupun si pesalah ini sudah pun mengaku salah, sudah
bertaubat dan sebagainya.
Kemudian, no hudud please. Ini satu benda yang besar juga.
Isu hudud ini isu kebolehupayaan kita untuk melaksanakannya, itu sahaja
isunya. Berupayakah kita melaksanakannya. Tapi bukan isu terima atau tak
terima. Hudud memang kena terima. Tapi puak-puak Islam Liberal ini dari
awal lagi dia tolak sebab benda-benda itu berkait dengan hak asasi
individu.
Kemudian, ini saya sebut tadi seksyen 498, al-Quran untuk kaum wanita, tomboy is the not a crime.
Ini berani bangkit, hilang rasa malunya. Rasulullah SAW sebut, kalau
dah hilang malu buatlah apa pun. Jadi, kita kena faham ini psikologi
manusia. Manusia ni kalau dia rasa malu, dia sukar membuat kemungkaran.
Jadi malu ni macam benteng, kalau dikikis..kikis, hilang rasa malu, apa
benda pun dia akan buat.
Saya bagi contoh macam Malaysia Idol. Malaysia Idol ni kita nampak
secara mudahnya siapa-siapa ada bakat untuk menyanyilah. Tapi proses ia
nak pilih tu, ia pergi ke setiap tempat, ke setiap bandar, jadi orang
beratur nak jadi Malaysia Idol ni. Apa yang berlaku dalam proses itu
ialah proses untuk buang rasa malu. Tak berapa boleh menyanyi pun
menyanyi. Tak pandai menyanyi langsung, suara tak sedap langsung tapi
dia promote, tunjukkan, hilang rasa malu. Itu pun maknanya
sudah beribu belia kita ini dididik untuk hilang rasa malu. Saya tengok
dari sudut itu bukan nak cerita siapa juara. Juara seorang saja daripada
ribuan yang cuba hilangkan rasa malu.
Jadi, Barat ini memang ke arah itu nak menghakis jati diri kita
dengan membuang rasa malu. Begitu jugalah dengan filem dan sebagainya.
Lesbian, Biseksual, Homoseksual, Transgender, kahwin. Ini berlaku di
kalangan bekas pelajar di United Kingdom. Seksualiti Merdeka promote untuk cara hidup liberal.
Seksualiti Merdeka ini punya konsep mudah saja. Dia bukan nak
menguatkuasakan gay, lesbian ni sebagai sebahagian masyarakat boleh
terima, tak macam tu. Dia akan buat secara indirect, buat
program macam ini katakan..adalah bercerita, berceramah sikit, melukis
tapi semuanya orang yang mengamalkan seksual songsang supaya dia tak
rasa malu depan masyarakat kita. Dan tak malu mengatakan dia songsang.
Dia hanya nak perkenalkan diri begitu dan rasa normal. Maksiat itu
normal dan dia perkenalkan slogan ‘saya gay saya ok.’
Itu mudah kita nak faham bahawa program Seksualiti Merdeka ke arah untuk meliberalkan masyarakat kita.
Campur tangan gereja
Ini wacana liberal. Ini satu contoh wacana yang dianjurkan oleh Islam
Rennaissance Front (IRF) dengan kerjasama gereja. Dibuat di gereja dan
tajuknya ialah tentang Negara Islam, konsep Negara Islam.
Jadi, kenapa dibincangkan di gereja? Kenapa tak dibincangkan di
masjid atau di institusi yang orang Islam sendiri boleh menyertainya
secara lebih kuat. Point di sini ialah dia nak bincang pasal gagalnya
konsep Islam bernegara, itu point dia. Kalau kaji sikit ke depan,
orientasi Barat banyak menulis tentang the failure of political Islam, kegagalan Islam politik. Ini yang dibawa ke dalam negara kita.
Jadi, masa tu dekat pilihanraya jadi politician memang ambil peluanglah. Mana-mana politician
pun ada keramaian saja, dia akan pergi. Dan jadi satu isu masa itu, YB
Nurul Izzah ditanya tentang apa..boleh tak Melayu murtad, macam tu kan
ayat dia. Soalan tentang siapa Muslim Liberal memang spesifik, tanya
soalan macam ni. Jadi, YB Nurul Izzah pun jadi mangsa kat situlah
ditanya soalan macam itu dan dekat dengan pilihanraya. Memang peninglah
nak jawab. Soalan itu memang disengajakan.
Ini wacana-wacana yang mereka anjurkan supaya akhirnya masyarakat
boleh terima, apa nak salahnya, apa masalahnya. Ini pun sarjana Islam
yang dapat sijil Islam pun mengatakan bahawa kita tak boleh nak
menghukum orang murtad ni sebab murtad satu benda dalam hati dan tak
boleh nak kawal.
Wacana lepak maqasid..ini pun wacana liberal. Sebab apa saya kata
liberal sebab tadilah cara fikir dia nak rungkai dispilin ilmu Islam.
Maqasid ini merupakan subjek khusus feqah bahagian yang kedua. Kalau
belajar di al-Azhar ke, Universiti Islam Antarabangsa ke, ambil Sarjana
Muda Pengajian Islam, kita belajar usul fiqh, nak jadi ustazlah.
Maqasid ni usul fiqh bahagian kedua, bukan bahagian pertama. Jadi,
dia buat jadikan lepak maqasid. Lepak kat kedai mamak bincang tentang
maqasid. Maqasid itu diterjemahkan mudah sahaja iaitu tujuan agama
datang untuk apa, untuk keadilan. Jadi, bebas nak bincang tentang
keadilan. dia tak terikat dengan apa-apa terma, terminologi yang
diperkenalkan oleh para ulama supaya perbincangan ilmu itu.
Nak mudah faham, macam inilah, saya cakap pasal tulang, nak lawan
orang pakar tulang, macam saya ni doktor. Jadi, saya lepak kat kedai
mamak, kita bincang tentang kanser tulang. Apa jadi? Entah apa-apalah.
Itu tak apa lah tulang, ini agama.
Sehingga akhirnya keluar kenyataan yang mengatakan maqasid syariah
ialah menjaga agama ertinya menjaga semua agama. Ini salah satu
kenyataan. Siapa yang belajar tentang maqasid tahulah menjaga agama. Ada
lima, pertama sekali menjaga agama. Menjaga agama itu ditafsirkan
menjaga semua agama. Kita kena jaga Hindhu, Budha..ke situ pula
perginya.
Kemudian, wacana-wacana yang disekalikan dengan aliran-aliran syiah,
ajaran sesat syiah. Mereka menganjurkan seminar-seminar merungkai ajaran
Islam yang tulen ini. Mereka jemput speaker yang berpegang paut pada
ajaran syiah.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgK0B_iVtY706-hJEsGVoLGICEVY9CVLtOsXwSs_tGs9xyhOJPb1JWHK4JLqt4vsO4tZfy137u9xo24EIu3JzXQTZlSAr3jHDaYkuBJvVk09hYp2ScTNwNxwAphAZaY8CNAHaT3aTKMB0A/s320/10708889584_944813bf34_b.jpg
No comments:
Post a Comment