Sunday, 22 December 2013

Comango – Rantaian ancaman buat umat Islam



NILAI, 21 Nov – Tuntutan gabungan NGO liberal (Comango) adalah rantaian ancaman kepada umat Islam yang dirancang secara rapi bagi menjauhkan umat Islam daripada berpegang teguhdengan akidah Islam yang sebenar.

Naib Yang Dipertua ISMA Cawangan Seremban, Hj. Omar Bin Kassim berkata ancaman seperti Comango telah didahului dengan ancaman lain yang seumpama dengannya seperti penubuhan Interfaith Commision (IFC), Seksualiti Merdeka dan serangan daripada golongan Islam Liberal terutamanya Sister In Islam dan Islamic Renaissance Front (IRF).

“Jika kita ikuti perkembangan yang berlaku, kes Comango bukan kes yang bersendirian. Ia adalah rantaian daripada kes-kes yang sebelumnya seperti IFC, Seksualiti Merdeka, Sisters in Islam dan IRF. Bezanya, Comango ini berjuang di peringkat antarabangsa iaitu di PBB,” kata beliau.

Katanya lagi, Comango dilihat mengancam ketenteraman negara dengan mencadangkan pelbagai perubahan terutamanya apabila menuntut hak golongan minoriti seperti LGBT dan Syiah. 

Beliau berkata demikian dalam satu sesi penerangan ‘Bahaya Comango’ kepada 100 pelajar Kolej Murni di sini.

Tambahnya, umat Islam perlu lebih memahami Islam yang sebenar dan bangkit daripada tidur untuk mempertahankan agama dan negara daripada terus diancam oleh musuh.

“Kita juga perlu lebih berperanan dengan menyampaikan bahaya tuntutan Comango ini kepada ahli keluarga kita, kawan-kawan kita serta masyarakat di sekitar kita. Inilah antara jihad perjuangan kita di tanah air tercinta ini,” tegas beliau.

Program ini merupakan siri jelajah Kempen Selamatkan Ummah yang baru dilancarkan ISMA dalam mendepani ancaman musuh Islam.

No comments:

Post a Comment