Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah 2013
anjuran JAKIM dengan kerjasama JAWI dan MAIWP
di Dewan Datuk Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
pada 16 Disember 2013
BANGI, 20 Dis – Penyelewengan ajaran sesat Syiah telah diperakui Imam Al Ghazali sebagai kafir 100%.
Imam Ghazali menyifatkan Syiah sebagai kafir kerana ajaran yang dibawa Syiah jauh terpesong daripada akidah sebenar Islam. “Ini terbukti apabila mereka menyamakan
imam mereka dengan Allah. Mereka menganggap bumi ini adalah di bawah
pentadbiran imam-imamnya."
“Syiah mengatakan nama-nama Allah
adalah nama imam mereka. Bagi mereka, imam-imam dan Allah mempunyai nama
yang baik-baik. Allah tidak menerima segala amalan lain kecuali setelah
mengenali imam-imam mereka. “Bahkan mereka menolak seluruh kepimpinan ahli Sunnah Wal Jamaah dan hanya mengiktiraf keimaman Ali dan 11 zuriatnya.
“Itu saja sudah jelas bahawa akidah
mereka bercanggah dan menyeleweng jauh,” demikian ujar Ketua Unit
Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohamad Ismail dalam Seminar Kebangsaan
Pencegahan Jenayah Syariah 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Wilayah Persekutuan(JAWI) dan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) baru-baru
ini di Dewan Datuk Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Bangi.
Antara lain jelasnya, Syiah menyatakan
bahawa Allah telah menciptakan 70 ribu malaikat adalah ditugaskan untuk
duduk bertafakur dan menangis di kubur Hussin. Mereka juga menganggap bahawa tugas malaikat adalah untuk beristigfar kepada orang yang mencintai Hussin. “Bagi mereka, hanya itu tugas malaikat, bukannya seperti yang Allah gambarkan di dalam Al-Quran. “Syiah juga mendakwa bahawa malaikat
diciptakan dari cahaya Ali. Bahkan lebih teruk Syiah menyatakan bahawa
malaikat adalah khadam kepada imam-imam mereka,” jelasnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, akidah
Syiah membawa pengikutnya kepada imamah. Mereka mendakwa imamah sebagai
rukun Islam pertama yang termasuk dalam perkara usuluddin. Perkara yang lebih teruk apabila Syiah
juga menganggap imamah adalah syarat untuk penerimaan segala amal,
seperti solat, puasa, zakat, dan haji yang mereka lakukan.
Mereka beriktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada di kalangan ulama-ulama
mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada
yang kata lebih tinggi dari kedudukan para nabi-nabi dan
malaikat-malaikat yang paling hampir dengan Allah.
Antara lain pegangan akidah Syiah yang
merosakkan ialah mereka menafikan kekhalifahan Saidina Abu Bakar,
Saidina Umar dan Saidina Uthman, mengkafir dan memfasikkan sahabat,
mendakwa al-Quran telah diubah, berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah
termasuk pihak berkuasa, mengharuskan perbuatan meliwat, menyambut hari
Karbala pada setiap 10 Muharam.
Mereka juga turut mempertahan amalan
nikah mutaah, mempertikai kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal
Jamaah, mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
sebenar.
Jelas Ustaz Mohammad, dalam kes Syiah ini, untuk mendakwa sesiapa sahaja mengamalkan ajaran sesat ini memang agak sukar. “Sebab ianya berkaitan dengan akidah yang sangkut paut dengan kepercayaan dan iktikad. “Bagaimanapun ia masih boleh didakwa dengan melihat kepada amalan-amalan, penulisan dan rujukan pengamal ajaran tersebut."
“Sebenarnya, kita mahu mempertahankan
akidah umat Islam. Hal ini kerana ianya sangat berkait-rapat dengan
hidup mati seseorang, bersangkut dengan keimanan kita kepada Allah,”
jelas beliau.
No comments:
Post a Comment