BANGI, 26 Nov – Masyarakat Islam perlu
terus mendesak kerajaan agar menolak segala tuntutan gabungan NGO
liberal (Comango) yang menyeleweng dan mencabar Perlembagaan
Persekutuan. “Masyarakat perlu melakukan tekanan demi tekanan dan desakan secara berterusan untuk menonjolkan siapa pengkhianat negara."
“Dedahkan siapa dalang yang membawa
perjuangan untuk merungkai struktur kenegaraan Islam di negara kita,”
tegas Setiausaha Biro Politik, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman dalam Seminar
Ancaman Serangan Akidah Bahaya Syiah dan Liberalisme, di Dewan Utama
Kompleks Islam Daerah Hulu Langat, di sini, hari ini.
Katanya, dalam konteks ini pemerintah
akan melakukan sesuatu yang dikehendaki rakyat. Kerajaan akan bertindak
jika ada asakan kuat yang datang dari rakyat.
“Jadi andai tidak ada ada pihak yang
mendesak mahupun bising dengan isu Comango, sudah tentu kerajaan tidak
akan bertindak,” ujarnya dalam ceramah sempena Kempen Selamatkan Ummah
anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Unit Dakwat
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Walaubagaimanapun tambahnya, sehingga
hari ini masih terdapat pihak yang hanya sekadar ‘membuat lebih kurang’
dengan isu Comango. Walhal ini isu parah yang memberi ancaman untuk
merobohkan syariat Islam di negara kita.
Oleh sebab itu, beliau mengharapkan
semua pihak memainkan peranan. Dengan kemunculan Comango ini, ianya
telah membuka banyak ruang untuk seluruh umat Islam memainkan peranan
dalam mendepani agenda liberalisme.
“Oleh itu, sebarkan kepada masyarakat
agar mereka faham. Bagaimana kempen pilihan raya diadakan, begitu
jugalah perlunya kempen bahaya Comango ini perlu diwar-warkan di seluruh
pelusuk negara,” ujar Ustaz Hazizi.
http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/rakyat-perlu-tekan-kerajaan-tolak-comango/
No comments:
Post a Comment