Sunday, 22 December 2013

Universal values won’t help resolve issues faced by Malaysia

Posted on 23/11/2013 - 08:00 

http://www.theantdaily.com/news/2013/11/23/universal-values-wont-help-resolve-issues-faced-malaysia


PETALING JAYA: The Al-Quran, Sunnah and the Federal Constitution must be maintained as the points of reference for any government policies rather than subscribing to a universal standard of values in the name of upholding human rights.

Islamic NGO Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) president Abdullah Zaik Abdul Rahman told theantdaily that these three considerations, within a Malaysian context, should supersede any "Western values" championed by global superpowers.

"We [Isma] do not see how adopting wholesale the United Nations human rights conventions can help to resolve issues faced by Malaysians," said Abdullah Zaik, adding that the conventions were designed based on Western experiences which are then marketed as universal values.

He said, as such, Malaysia should not yield to international pressures to ratify the various United Nations (UN) human rights instruments as it will only create "more problems" within the society.

Isma is one of the 17 Muslim groups which had come together as the Muslim NGOs in the UPR Process (MuslimUPRo), and Abdullah Zaik said the coalition was formed in response to demands made by Comango – a separate coalition of 54 NGOs whose recommendations were officially submitted as part of the stakeholders' report to the UN.

Isma and Comango have since been engaged in a battle of words, with the former alleging that there were attempts to undermine the status of Islam in Malaysia through calls for the government to sign the International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR).

Comango has also been accused of supporting homosexual acts which are forbidden in Islam, which the coalition had subsequently denied.

When it was pointed out that Muslim nations such as Afghanistan, Yemen and Jordan are already a party to the ICCPR, Abdullah Zaik insisted that there are no "real benefits" to them doing so.

"Each country should consider its own unique situation. Muslim nations are increasingly forced to accept such liberal Western values or risk facing political and economic pressure [from global superpowers]," he claimed.
Malaysia has to date ratified three UN conventions pertaining to rights of women, children and persons with disabilities but with reservations on certain clauses.

Article 18 of the ICCPR states that "everyone shall have the right to freedom of thought, conscience and religion" and when asked whether Malaysia should instead express its reservation to the clause, Abdullah Zaik insisted that the government should not "compromise" its stand on the matter.

"Once the government decides to compromise [by expressing reservation], there will be future calls to eventually accept the whole convention. "This is all part of an ongoing Westernisation process," he said.
Meanwhile, Women's Aid Organisation (WAO) advocacy officer Yu Ren Chung said while Isma and the Muslim groups are entitled to express their views on the matter, the use of state machinery to vilify Comango is a cause for concern.

WAO is one of the 54 endorsees of Comango's demands and Yu said the coalition has been subjected to "outlandish comments" and "baseless allegations" – including through the official Friday prayers sermon text prepared by the Islamic Development Department Malaysia (Jakim) on Oct 18.

"It is our responsibility to respond to Isma because what they have said are factually untrue. Isma is claiming to speak on behalf of the larger Muslim community when that is not necessarily true either," said Yu, in pointing out that matters of religion should be personal to every individual.

He also maintained the overall concept behind championing for adoption of universal human rights standards is so that every individual will be able to live their chosen life with dignity.

This, he said, is due to the fact that a UN member country will receive technical assistance to implement the resolutions which it has ratified for the betterment of the people.

Malaysia has received over 200 recommendations from UN member countries that participated in the UN Human Rights Council Universal Periodic Review process on Oct 24 and the government has until March next year to state its commitments over the next four-and-a-half years.

Comango Kesinambungan Tuntutan IFC

Skudai, 14 Dis – Tuntutan Coalition of Malaysian Ngo (Comango – gabungan NGO-NGO pro-liberal), adalah kesinambungan daripada tuntutan Interfaith Council (IFC) yang mana isu tersebut sudah lebih sepuluh tahun diperkatakan.

Demikian ujar Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya dalam program Jelajah Arus Siswa (JELAS) yang bertajuk ‘COMANGO : Pengkhianat Negara’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, baru-baru ini.

Menurut beliau lagi jika ditelusuri isi kandungan Comango dan IFC ternyata kedua-duanya tiada jauh beza.
“Sebagai contoh kedua-duanya menuntut seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak terus menjadi Islam, pelajaran agama bukan Islam diajar di semua sekolah, orang- orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam diberikan kebebasan murtad dan sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

“Ini menunjukkan bahawa ada usaha individu-individu atau pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ingin mengubah status negara Malaysia daripada sebuah negara Islam kepada sebuah negara liberal,” ujarnya.
Dalam sesi pembentangan kertas kerja tersebut, Hj Aminuddin turut menjelaskan bahawa Comango tiada hak untuk mengubah dasar perlembagaan, tetapi mereka boleh memberikan tekanan kepada negara.

Beliau turut menyebut beberapa kesan terhadap negara dan umat Islam sekiranya kerajaan Malaysia tidak membantah tuntutan-tuntutan Comango tersebut.

“Banyak mudarat dan kesan buruk yang akan menimpa negara dan umat Islam akibat daripada tuntutan Comango; umpamanya generasi akan datang bebas menukar status kepada agama lain, pencairan institusi Melayu, pemindaan undang-undang syariah dan banyak lagi.

“Kita wajib menentang tuntutan Comango kerana kebebasan hak asasi yang diperjuangkan dalam tuntutan tersebut ternyata mengikut neraca barat dan dilihat mengancam kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Hj Aminuddin yang juga merupakan wakil ISMA yang hadir ke Geneva untuk membalas hujah Comango, turut menyeru agar orang-orang Melayu bersatu demi kedaulatan Islam di Malaysia.

Program JELAS siri kedua anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Johor dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor bertujuan memberi pendedahan mengenai agenda Comango dan menyedarkan mahasiswa tentang ancaman Comango terhadap masa depan Islam dan negara Malaysia.

Seramai lebih 300 orang peserta hadir dan menandatangani petisyen membantah tuntutan Comango. 



Orang ramai diseru untuk menandatangani petisyen membantah tuntutan Comango di link berikut:


http://www.ismaweb.net/v4/2013/12/comango-kesinambungan-tuntutan-ifc/


BERSATU TOLAK COMANGO



PAS
Ahli Parlimen PAS-Temerloh, Nasruddin Hassan menegaskan keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dihormati Comango dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat jahat.

“Kami turut mendesak agar campurtangan atau tekanan luar terhadap keputusan yang telah diambil melibatkan Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa memandangkan is harus ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat,”

BN
"Tindakan Comango itu melalui tuntutan mereka boleh memecahbelahkan umat Islam, kita takut kalau di negara seperti di negara Arab, Syiah menjadi ancaman dan kita bimbang kumpulan ini seperti itulah (Syiah) yang boleh memecahbelahkan umat Islam,"

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tuntutan-tuntutan yang dibuat Comango bukan sahaja boleh menjatuhkan imej Islam dan memecahbelahkan umatnya malah boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.

PKR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyuarakan bantahan itu sambil menyatakan PR tetap konsisten dalam mempertahankan akidah dan akhlak umat Islam daripada tercemar.

"Isu ini (tuntutan Comango) bagi kita jelas, kita sebagai negara Malaysia dan Islam agama Persekutuan pendirian kita dalam menjaga kepentingan menjaga akidah, akhlak dan menghormati hak orang Islam malah tiada langkah yang mencemar Islam itu konsisten.

"Soal akhlak dan akidah ini tidak hanya terbatas kepada satu badan, kita harus tegas bahawa undang-undang negara mesti memelihara kepentingan akhlak dan akidah masyarakat Islam. "Jadi apa saja tindakan atau usul yang bertentangan, tidak boleh diterima malah malah ditolak dengan tegas, kami konsisten,

Rakyat perlu tekan kerajaan tolak Comango

BANGI, 26 Nov – Masyarakat Islam perlu terus mendesak kerajaan agar menolak segala tuntutan gabungan NGO liberal (Comango) yang menyeleweng dan mencabar Perlembagaan Persekutuan. “Masyarakat perlu melakukan tekanan demi tekanan dan desakan secara berterusan untuk menonjolkan siapa pengkhianat negara."

“Dedahkan siapa dalang yang membawa perjuangan untuk merungkai struktur kenegaraan Islam di negara kita,” tegas Setiausaha Biro Politik, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman dalam Seminar Ancaman Serangan Akidah Bahaya Syiah dan Liberalisme, di Dewan Utama Kompleks Islam Daerah Hulu Langat, di sini, hari ini.

Katanya, dalam konteks ini pemerintah akan melakukan sesuatu yang dikehendaki rakyat. Kerajaan akan bertindak jika ada asakan kuat yang datang dari rakyat.

“Jadi andai tidak ada ada pihak yang mendesak mahupun bising dengan isu Comango, sudah tentu kerajaan tidak akan bertindak,” ujarnya dalam ceramah sempena Kempen Selamatkan Ummah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Unit Dakwat Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Walaubagaimanapun tambahnya, sehingga hari ini masih terdapat pihak yang hanya sekadar ‘membuat lebih kurang’ dengan isu Comango. Walhal ini isu parah yang memberi ancaman untuk merobohkan syariat Islam di negara kita. 

Oleh sebab itu, beliau mengharapkan semua pihak  memainkan peranan. Dengan kemunculan Comango ini, ianya telah membuka banyak ruang untuk seluruh umat Islam memainkan peranan dalam mendepani agenda liberalisme.

“Oleh itu, sebarkan kepada masyarakat agar mereka faham. Bagaimana kempen pilihan raya diadakan, begitu jugalah perlunya kempen bahaya Comango ini perlu diwar-warkan di seluruh pelusuk negara,” ujar Ustaz Hazizi. 

http://www.ismaweb.net/v4/2013/11/rakyat-perlu-tekan-kerajaan-tolak-comango/

Ancaman Comango dan realiti Malaysia

December 19, 2013

Tuntutan Comango mengajak kita untuk memikirkan sejenak kedudukan dan peranan hidup sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Oleh itu, kita harus merenung perjalanan hidup umat ini dalam perspektif sejarah kerana umur kita hanyalah umpama sedetik dari sejarah manusia yang sangat panjang.

Pemikiran kita membawa kita kepada suasana di Mekah lebih 1400 tahun dahulu.Tiada siapa akan menjangka perubahan tamadun manusia moden akan bermula di sebuah kawasan kering kontang sebegitu. Tiada siapa yang menyangka, dalam kurang daripada 50 tahun 2 tamadun besar dan berpengaruh di rantau Arab – Parsi dan Byzantine (Rom Timur) akan tewas kepada tamadun Islam.

Tiada siapa akan menyangka, mesej tauhid dari kawasan padang pasir tersebut akan bergema ke seluruh pelusuk dunia dengan ajaran aqidah yang jelas dan mudah – Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ajaran Islam datang menjelaskan hak-hak kemanusiaan, menerangkan tanggungjawab kemanusiaan dan membataskan kehendak nafsu kemanusiaan. Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesame manusia kepada keluasan penyembahan tuhan Yang Maha Tunggal, Allah swt.

Namun, zaman kegemilangan tamadun Islam ketika dunia Eropah masih bergelumang dengan Zaman Kegelapan (Dark Ages) adalah sangat pendek dibandingkan dengan sejarah kemanusiaan secara keseluruhan. Jika kita meneliti sejarah manusia berpandukan keimanan kepada Allah, kita akan dapati dunia ini lebih menyerupai pemabuk dan tempoh mabuk sebenarnya lebih panjang daripada tempoh sedar.

Selepas interaksi dengan tamadun Islam di Andalus (Sepanyol) dan Palestin, tamadun barat mula mempersoalkan pemerintahan theokratik gereja. Tamadun mereka melalui zaman Renainsance, Reformation dan Industrial Revolution seterusnya bangkit dan meninggalkan tamadun Islam di belakang. Materialisme (cinta kekayaan) dan hedonisme (kepuasan nafsu) menjadi asas kepada tamadun mereka manakala umat Islam semakin alpa dan meninggalkan ajaran Islam yang sebenar.

Zaman Imperialisme datang lalu menguburkan payung pemerintahan Islam. Umat Islam berpecah dan sedikit demi sedikit negara umat Islam dijajah tamadun barat. Giliran tamadun Islam pula melalui zaman kegelapan akibat kelalaian umat Islam sendiri.

Namun, kegelapan tersebut umpama gerhana matahari yang berlaku sebentar sahaja. Umat Islam mula mengenali jati diri mereka lalu mula berjuang mencapai kemerdekaan. Ketika umat Islam sedang memperjuangkan kemerdekaan sambil mencari identiti Islam kembali, tamadun Barat memperkenalkan Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) pada tahun 1948. Mulai 1965 hingga 2008 hak-hak kemanusiaan tersebut telah melalui proses evolusi dan pada hari ini ia terdiri daripada 9 perkara asas yang terangkum kepada Hak Asasi Kemanusiaan Sejagat (Core International Human Rights).

Badan-badan ditubuhkan untuk memantau perlaksanaan hak sejagat ini dan setiap negara 4 tahun sekali akan melaporkan perkembangan hak-hak kemanusiaan melalui proses Universal Periodic Review (UPR) yang diasaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2006. Majlis Hak Asasi Manusia (Human Rights Council HRC) PBB adalah pengelola kepada proses ini. Maka melalui forum inilah, Comango yang terdiri daripada 54 pertubuhan bukan kerajaan menjadi kumpulan sukarelawan yang mendesak kerajaan Malaysia agar menandatangani kesemua 9 perkara Hak Asasi Kemanusiaan Sejagat tersebut tanpa sebarang pengecualian.

Mungkin ada yang akan mengatakan, apa salahnya perkara-perkara asas tersebut? Kesemuanya baik dan bersesuaian dengan fitrah manusia. Tiada yang salah pada tuntutan Comango tersebut. Namun, mereka yang beriman dan mengamatinya akan mendapati bahawa ada unsur tersembunyi terkandung di dalam tuntutan tersebut yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menggugat kepemimpinan Islam di bumi Malaysia.

Kebatilan tidak tersebar dalam kehidupan manusia di dalam keadaan ia menzahirkan kepalsuannya atau mendedahkan kebatilannya. Itu tidak akan berlaku sama sekali. Sebaliknya kebatilan melindungi kejahatannya dengan pakaian kesungguhan dan meminjam pakaian kebenaran. Kadangkala kebatilan ini mengambil sebahagian daripada kebenaran dan sebahagian daripada natijahnya seperti bermula dengan hak-hak wanita, kanak-kanak, pekerja dan sebagainya. Ia mempunyai sekelumit kebenaran namun apabila dilihat lebih mendalam terdapat padanya gugusan kepalsuan yang ingin merobek-robek jati diri Islam umat ini  dalam bentuk yang akhirnya akan memesongkan manusia daripada Allah swt.

Tuntutan Comango menyerang umat Islam bukan dengan jelas seperti lebah menyerang bunga yang tumbuh mekar untuk menghasilkan sesuatu yang baik seperti madu. Tetapi ia menyerang umpama ulat dan belalang menyerang kebun yang subur menjadi parang jarak padang tekukur.

Inilah rahsia kenapa mereka akan mendakwa bahawa tuntutan mereka tidak bertentangan dengan Islam dan mereka akan secara am mengatakan bahawa Islam tidak tergugat dengan perlaksanaan tuntutan mereka. Inilah juga rahsia mengapa ada umat Islam yang terpedaya dengan tuntutan mereka.
Masakan tidak tergugat? Di dalam laporan Comango kepada HRC:
  • Bukankah mereka menggesa di dalam perkara 10 laporan mereka tersebut agar Malaysia menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) dan di dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi hak kebebasan beragama. Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti. Malah antara contoh yang diberi adalah perlunya menolak atau mengurangkan kuasa mahkamah syariah (perkara 9.5) dan memberi kebebasan untuk ajaran Syiah berkembang di Malaysia (perkara 10.1.6).
  • Bukankah mereka juga menggesa (perkara 6.2) agar Malaysia menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
  • Bukankah mereka juga menggesa (perkara 6.1) agar Malaysia mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, bisexsual, gay, transgender, inter-sexed, queer (LGBTIQ). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesame jenis. Malah, contoh yang dikemukakan (perkara 6.1.1) yang mereka kesali adalah bagaimana pusat urut di Pulau Pinang yang menawarkan perkhidmatan seks songsang gay diserbu pihak berkuasa sebanyak 4 kali.
Soalan penting – bagaimanakah sikap kita terhadap mereka?

Sebagai umat Islam kita harus menolak dengan keras tuntutan-tuntutan Comango  yang bertentangan dengan prinsip Islam. Ada perkara yang kerajaan Malaysia boleh ratifikasi namun ada perkara yang kerajaan Malaysia harus berhati-hati dengan tipu helah tuntutan mereka. Hakikatnya, kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia khususnya harus melihat tuntutan Comango sebagai usaha untuk menukar rupa bentuk jati diri negara Malaysia kepada acuan barat yang akan mengancam keharmonian negara.

Cukuplah dengan titah Raja Nazrin Shah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah 19 Februari 2013 Kuala Lumpur sebagai peringatan tentang asas jati diri dan asal-usul negara Malaysia:

“Ketika bangsa bagaikan mabuk dilambung ombak globalisasi, amatlah perlu untuk bangsa diperingatkan kepada fakta sejarah, agar Melayu kekal dijadikan konsep yang hidup, tidak dihanyutkan oleh arus globalisasi. Konsep Melayu hendaklah kekal diaktifkan dengan menghormati bahasa Melayu, menghargai budaya Melayu, menghayati ajaran Islam, mengekalkan kedaulatan bangsa yang dilambangkan oleh takhta pemerintahan beraja. Sejauh mana Beta melaut, Beta senantiasa menjadikan pedoman akan ungkap kata yang pernah dizahirkan oleh Paduka Ayahanda Beta, Hakim Raja Tan Sri Azlan Shah ketika dianugerahkan Ijazah Doktor Persuratan olehUniversiti Malaya, pada 30 Jun 1979;

Petikan:“ …bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi walaubagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika kita tidak ingat, maka kita seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian.

Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil dari antuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka…; Perkataan ‘Negeri Melayu Bersekutu’, ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ dan ‘Persekutuan Tanah Melayu’ masih wujud dalam undang-undang kita. 

Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu….Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia”.


Abu Ameen
Aktivis ISMA

 http://www.ismaweb.net/v4/2013/12/ancaman-comango-dan-realiti-malaysia/


Penyelewengan Akidah - Ustaz Mohamad Ismail

Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah 2013
anjuran JAKIM dengan kerjasama JAWI dan MAIWP
di Dewan Datuk Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
pada 16 Disember 2013
 



BANGI, 20 Dis – Penyelewengan ajaran sesat Syiah telah diperakui Imam Al Ghazali sebagai kafir 100%.
Imam Ghazali menyifatkan Syiah sebagai kafir kerana ajaran yang dibawa Syiah jauh terpesong daripada akidah sebenar Islam. “Ini terbukti apabila mereka menyamakan imam mereka dengan Allah. Mereka menganggap bumi ini adalah di bawah pentadbiran imam-imamnya."

“Syiah mengatakan nama-nama Allah adalah nama imam mereka. Bagi mereka, imam-imam dan Allah mempunyai nama yang baik-baik. Allah tidak menerima segala amalan lain kecuali setelah mengenali imam-imam mereka. “Bahkan mereka menolak seluruh kepimpinan ahli Sunnah Wal Jamaah dan hanya mengiktiraf keimaman Ali dan 11 zuriatnya.

“Itu saja sudah jelas bahawa akidah mereka bercanggah dan menyeleweng jauh,” demikian ujar  Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohamad Ismail dalam Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah 2013 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Wilayah Persekutuan(JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) baru-baru ini di Dewan Datuk Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Antara lain jelasnya, Syiah menyatakan bahawa Allah telah menciptakan 70 ribu malaikat adalah ditugaskan untuk duduk bertafakur dan menangis di kubur Hussin. Mereka juga menganggap bahawa tugas malaikat adalah untuk beristigfar kepada orang yang mencintai Hussin. “Bagi mereka, hanya itu tugas malaikat, bukannya seperti yang Allah gambarkan di dalam Al-Quran. “Syiah juga mendakwa bahawa malaikat diciptakan dari cahaya Ali. Bahkan lebih teruk  Syiah menyatakan bahawa malaikat adalah khadam kepada imam-imam mereka,” jelasnya.
 
Mengulas lanjut beliau berkata, akidah Syiah membawa pengikutnya kepada imamah. Mereka mendakwa imamah sebagai rukun Islam pertama yang termasuk dalam perkara usuluddin. Perkara yang lebih teruk apabila Syiah juga menganggap imamah adalah syarat untuk penerimaan segala amal, seperti solat, puasa, zakat, dan haji yang mereka lakukan.

Mereka beriktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada di kalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan para nabi-nabi dan malaikat-malaikat yang paling hampir dengan Allah.

Antara lain pegangan akidah Syiah yang merosakkan  ialah mereka menafikan kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman, mengkafir dan memfasikkan sahabat, mendakwa al-Quran telah diubah, berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa, mengharuskan perbuatan meliwat, menyambut hari Karbala pada setiap 10 Muharam. 

Mereka juga turut mempertahan amalan nikah mutaah, mempertikai kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar. 


Jelas Ustaz Mohammad, dalam kes Syiah ini, untuk mendakwa sesiapa sahaja mengamalkan ajaran sesat ini memang agak sukar. “Sebab ianya berkaitan dengan akidah yang sangkut paut dengan kepercayaan dan iktikad. “Bagaimanapun ia masih boleh didakwa dengan melihat kepada amalan-amalan, penulisan dan rujukan pengamal ajaran tersebut."

“Sebenarnya, kita mahu mempertahankan akidah umat Islam. Hal ini kerana ianya sangat  berkait-rapat dengan hidup mati seseorang, bersangkut dengan keimanan kita kepada Allah,” jelas beliau.

Ancaman terhadap Islam bukan momokan politik

BANGI, 20 Dis – Isu-isu yang mengancam kedudukan agama Islam dan perlembagaan adalah suatu perkara yang ‘real’ (sebenar) dan bukan momokan politik.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan umat Islam bahawa untuk membina perpaduan, isu-isu yang mencabar umat Islam perlu dilihat sebagai ancaman sebenar dan diberi perhatian menerusi kaca mata akademik dan penilaian realiti.

“Ramai daripada kita tidak mengkaji dan tidak membaca, lalu kita menjadikan benda itu simple (mudah), kita menamakan ia sebagai momokan politik lalu kita melepaskan diri daripada tanggungjawab. ISMA mengkaji apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam masyarakat. Apakah ancaman daripada pihak globalisasi sebagai momokan politik? Tidak. Ataupun rancangan Evangelis Kristian, adakah ia momokan politik? Saya fikir tidak. 

“Begitu juga pengaruh liberalisme dan pluralisme, itu pun tidak. Itu adalah ancaman yang real (sebenar). Ia ditulis dan dikaji dalam penulisan kajian-kajian yang telah dikemukakan oleh berbagai-bagai pihak,” kata beliau dalam rancangan Dimensi terbitan Media ISMA baru-baru ini.

Tambahnya, ancaman globalisasi seperti AFTA dan TPPA juga merupakan ancaman sebenar dan ia bukan momokan politik oleh mana-mana parti.

Ujar Ustaz Abdullah, realiti ini perlu disedari dan diinsafi oleh seluruh umat Islam termasuk ahli politik Islam bagi mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Baginya, perpaduan boleh dicapai melalui pelbagai wasilah termasuk muzakarah di kalangan umat Islam.
“Wasilah perpaduan pelbagai, yang paling penting ialah keinsafan, sejauh mana kita memahami cabaran dan situasi yang ada,” katanya lagi.

Beliau juga menasihati ahli politik agar memahami realiti umat Islam yang kini dilanda pelbagai ancaman dan bersikap ikhlas jika ingin mencapai persepakatan.

“Untuk bersatu kena faham realiti umat dan kena insaf kemudian kena ikhlas, perlu menunjukkan niat baik, kemudian menjauhi daripada menuduh niat. Ahli politik juga perlu hentikan sikap sentiasa hendak menang ke atas musuh politiknya.

“Orang politik sepanjang hayat dia nak lawan musuh politik dia. Buatlah apa pun selagi sikap itu masih ada, satu nak menang ke atas kumpulan lain, nak dominasi, nak manipulasi, nak bersiyasah dalam kepentingan umat ini, saya fikir itu tidak akan bawa ke mana-mana,” kata beliau.



http://www.ismaweb.net/v4/2013/12/ancaman-terhadap-islam-bukan-momokan-politik/