1. Tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh
sebahagian penganut Kristian di Malaysia bukannya berkaitan dengan isu halangan
atau sekatan terhadap hak penganut Kristian untuk mengamalkan ajaran dan
kepercayaan mereka yang dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Tetapi sebenarnya soal linguistik iaitu kesilapan terjemahan perkataan ‘God’ di
dalam Bahasa Inggeris yang diterjemah sebagai ‘Allah’ di dalam Bible sedangkan
terjemahan yang tepat di dalam Bahasa Melayu ialah ‘Tuhan’.
2. "Allah’ merupakan Tuhan penganut Islam
yang bersifat tunggal/esa selaras dengan Surah Al-Ikhlas di dalam Al-Quran yang
bermaksud “'Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH, Tuhan tempat meminta segala
makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu
yang sekufu setara dengan Nya”.
3. Nama ‘Allah’ tidak ada disebut
langsung dalam kitab suci agama Kristian sama ada Old Testament mahupun New
Testament. Nama Tuhan bagi umat Kristian ialahYahweh atau YHWH (rujuk Lev
24:16), tetapi mereka dilarang menggunakan istilah tersebut. Manakala perkataan
Tuhan (God) disebut dengan istilah Adonai, Eli, Eloi atau Elohim (rujuk Matthew
27:460). Penggunaan kalimah Allah tidak pernah dan bukan sebahagian daripada
intipati integral kepercayaan dan perlaksanaan agama Kristian.
4. Umat Kristian tidak dibenarkan untuk
menggunakan nama Allah di dalam terjemahan kitab suci mereka keranakerana
mereka mahu memakainya dalam bentukuluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau
aqidah yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu berdasarkankonsep triniti -
kepercayaan kepada The Father, The Son and The Holy Spirit (Tuhan Bapak, Tuhan
Anak dan Ruh Suci).
5. Di Indonesia, tempat kitab Bible yang
menggunakan nama Allah bagi menterjemah perkataan God yang kemudiannya
digunakan di Kalimantan/Borneo, umat Kristian di sana sendiri kini mengakui
bahawa kata ‘Allah’ merupakan nama khas Tuhan umat Islam. Antaranya Paderi
Jahja Iskandar yang telah menerbitkan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin
Popular”. Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian
berasaskan bahasa asli Perjanjian Lama, iaitu Ibrani ialah ‘Elohim’ (hlm. 144,
145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan
‘Elohim’ ialah ‘Ilah’ bukan ‘Allah’. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke
bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).
6. Yayasan Lentera Bangsa (sebuah
pertubuhan Kristian di Indonesia) telah menerbitkan Kitab Suci-Indonesia
Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan Bible ini tidak lagi tertera nama
‘Allah’ sebaliknya menggunakan ‘Elohim’ sebagai nama sembahan orang Kristian.
Menurut Paderi Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan
Baru Al Kitab (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) oleh Lembaga Al-Kitab
Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al
Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta. Konferensi
tersebut menetapkan bahawa Nama Huwa/Hoewa/Johoewa hendaklah digantikan dengan
‘Tuhan’.
7. Nama ‘Allah’ telah digunakan oleh
orang Arab sejak sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. kerana syariat bagi
menyembah Allah telah diwajibkan sejak penciptaan Nabi Adam A.S. dan
Rasul-rasul yang seterusnya. Namun begitu, umat Arab yang beragama Kristian
tidak memanggil nama tuhan mereka ‘Allah’ sebaliknya ‘Bismil-Ābi wal-Ibni
war-Rūḥil-Qudus’ (In the name of The Father, The Son and The Holy
Spirit)sementara Jesus (Nabi Isa) dipanggil sebagai ‘Al Masih’ atau ‘Yasu’.
8. Masyarakat Arab menggunakan nama allah
( الله) sebagai nama umum
untuk terjemahan perkataan ‘God’. Nama Allah ( الله)
dengan tulisan yang sama (Alif-Lam-Lam-Ha) turut digunakan untuk merujuk nama
khas Tuhan bagi umat Islam. Ianya merupakan konsep ‘uruf al-balad – kefahaman
setempat yang digunakan di Tanah Arab. Ianya sama seperti Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu yang mempunyai Nama Khas (proper noun) dan nama am (common noun)
tetapi tulisan Arab tidak membezakan nama am dan nama khas bagi ( الله). Sebagai contoh, bush sebagai
nama am boleh diterjemah sebagai semak tetapi Mr. Bush sebagai nama khas tidak
boleh diterjemah sebagai Encik Semak.
9. Tujuan sesetengah pihak untuk tetap
berkeras supaya kalimah Allah tetap digunakan di dalam terjemahan Bible di
Malaysia boleh difahami dengan merujuk kepada petikan didalam majalah
Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan
Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam
terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan
untuk membuatkan mereka (umat Islam) memahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH
tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.
(rujukwww.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).
10. Missionary Kristian seringkali
menggunapakai nama Tuhan tempatan yang digunakan oleh penduduk di sesebuah
kawasan sebagai salah satu strategi untuk menyebarkan dakyah mereka walaupun
perkara berkenaan seringkali menimbulkan perselisihan faham dan kontroversi.
Antaranya ‘Son of Ishvara’ di selatan India sebagai rujukan kepada Jesus,
Danishi(bermaksud ‘matahari ulung’) sebagai nama tuhan Kristian di Jepun serta
Appodius (nama tuhan suku kaum asli Quehua yang beragama Kristian di Peru).
No comments:
Post a Comment