Sunday, 27 October 2013

SENARAI KERTAS KERJA BERKAITAN ANCAMAN LIBERALISME




1. NASER DISA: ANCAMAN-ANCAMAN TERHADAP KEDAULATAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA, Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN), MUAFAKAT,  5 Januari 2013.

Gerakan liberalisme ini memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara lelaki dengan wanita serta mempromosikan kebebasan.

Golongan ini mentafsirkan hukum agama mengikut rasional akal dan realiti semasa. Mereka yang berpegang teguh pada agama dikatakan golongan fundamentalis yang kolot dan jumud kerana tidak mengikut peredaran masa.

Liberalisme merupakan lanjutan dan edisi baharu bagi fahaman sekularisme barat moden. Sejarah telah mencatat bahawa melalui kolonialisme, fahaman sekularisme tajaan barat moden telah berjaya mensekularkan seluruh dunia, termasuklah negara-negara Islam

Apa yang dikesalkan ialah golongan yang berpemikiran Liberal ini cukup berpengaruh dan sedang memperluas pengaruh mereka dalam kalangan generasi muda yang berminat terhadap agama.  Dominasi golongan yang berpemikiran Liberal ini mempunyai agenda besar (grand design) untuk menghakis pengaruh agama dalam aspek kenegaraan dan kehidupan bermasyarakat.

Ternyata pemikiran Liberal ini bukan sahaja didukung oleh kelompok-kelompok kecil yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah ia telah berjaya mendirikan asas yang teguh sebagai aliran politik, sama ada dalam parti pemerintah mahu pun juga pembangkang.


2. MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY, GERAKAN ALIRAN PEMIKIRAN BARU DAN CABARANNYA KEPADA UMAT ISLAM, Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Umat , MUAFAKAT, 7 Februari 2009.
               
Islam Liberal yang sedang mengancam keberadaan agama Islam beraliran arus perdana di Malaysia dan di Dunia Melayu.  Ia boleh dilihat dalam himpunan tulisan-tulisan seperti ’Islam Liberal dan Fundamental Sebuah Pertarungan Wacana’, yang di dalamnya ada karangan-karangan oleh Abdurrahman Wahid, Mustafa Bisri, Haidar Baqir, Ulul Abshar Abdalla, Goenawan Mohamad, dan Benny Susetyo.

Nampaknya ’Islam Liberal’ yang ada di Dunia Melayu ini benar-benar terpengaruh dengan nuansa ’Islam Liberal’ yang ditaja oleh tokoh-tokoh seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman.




3. KHALIF MUAMMAR A. HARRIS & ADIBAH MUHTAR ABDUL AZIZ, AKAR PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL, International Seminar On Islamic Thoughts Proceedings, 7-9 December 2004



Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. sebenarnya gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di serata dunia: Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dan lain-lain.

Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi satu tren pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M.

Gerakan modenisme telah mengalami banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-
1988) yang telah merangka framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an. Usaha beliau walaubagaimanapun telah ‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan,untuk menjustifikasikan lahirnya pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam Liberal.

Golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itubersifat bebas nilai atau neutral tidak diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut untuk dapat digunakan sesuai kehendaknya.

Penolakan autoriti agama
Liberalisme dan modernisme Islam menolak autoriti agama. Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu dengan mengatakan bahwa kebenaran itu relatif tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak.

Penolakan autoriti agama ini penting agar kebebasan berpendapat/ ijtihad dapat dilakukan dan hanya dengan inilah liberalisasi Islam akan berhasil. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya orientalis-kristian kerana melihat mereka adalah autoriti yang cukup kritis dan telah dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional dan berlainan.

Penolakan terhadap otoriti agama memberi ruang yang luas kepada golongan Islam Liberal untuk berijtihad dengan bebas. Kurzman menggunakan istilah yang berlainan agar tampak sophisticated iaitu “freedom of thought” dan “freedom of religious interpretation”. Bertolak dari premis inilah golongan ini melihat perlunya umat Islam mempertimbangkan hermeneutika al-Qur’an di samping tafsir al-Qur’an yang dianggap tidak sesuai lagi pada zaman modern ini.


Pluralisme Agama

Alwi Shihab yang telah menulis buku yang bertajuk: Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam Beragama. Alwi mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapai kerukunan hidup beragama. Atas dasar ini seorang pluralis berusaha untuk tidak bersikap eksklusif dan tidak mengklaim kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya.

Kekeliruan timbul akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, kebenaran tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak lalu menafikan hak orang lain. Pemikiran relativisme ini yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama.

 
Penolakan terhadap Shari'at Islam
Penolakan hukum Islam sebenarnya berakar daripada keengganan meletakkan agama sebagai dasar kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu penolakan syari'at Islam sebenarnya merupakan kesinambungan daripada pemikiran sekularisme.

Mereka menyimpulkan bahwa syari’ah adalah produk ulama dan pemerintah yang tentunya bernuansa politik dan kekuasaan. Di sini sangat jelas kekeliruan mereka karena tidak membezakan Syari’ah dengan Fiqh, di antara thawabit dan mutaghayyirat, di antara perkara-perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa melihat perkara-perkara seperti ini maka tentunya kekeliruan tersebut timbul.

Kesimpulan
Adalah tidak benar jika dikatakan bahawa Islam Liberal tidak mempunyai metodologi dalam pemikirannya. Ideolog-ideolog Islam Liberal menggunakan metodologi yang telah tersedia dan disadur daripada pemikiran Barat. Sebuah framework pemikiran adalah hasil paradigma yang dibentuk oleh pemikir-pemikir yang berpengaruh.


No comments:

Post a Comment