Friday, 14 November 2014

Gerakan Sivil & Kedudukan Islam Di Malaysia



Forum Anjuran Arus Baru

Dr. Aznan Hasan, Pengerusi MUIS
Dr. Mujahid yusof Rawa, MP Parit Buntar

Tarikh: 6 November 2014, Khamis
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Selangor

KL SUMMIT 2014


Persidangan KL Summit ini merupakan kesinambungan kepada Persidangan Antarabangsa Pemikir-pemikir Islam (IMTC 2014) yang diadakan 30 April hingga 1 Mei lalu di Kuala Lumpur anjuran ISMA, MTF dan TAIM.

Ia menampilkan lebih 40 orang pemikir Islam dari 14 buah negara menyertai persidangan ini bagi membincangkan dan menganalisis realiti semasa dan memahami apa sebenarnya yang berlaku di negara Arab dan negara-negara Islam.

Antara yang hadir dalam persidangan IMTC ialah Ahli Majlis Tertinggi Kesatuan Ulama Dunia Syeikh Muhammad Hasan Al-Dadu, Ketua Hal Ehwal Luar Biro Politik HAMAS Syeikh Jamal Isa dari Palestin, ahli politik dan pemikir media Syeikh Ahmad Al-Wadi’a dari Mauritania, Penasihat Presiden Sudan Prof Rabie’ Ahmad Hasan dan Presiden Jemaah Islamiyah Lubnan Syeikh Azzam Ayubi.


Berita: 
























Wednesday, 27 August 2014

Contohi Salafussoleh Ulangi Kegemilangan Islam



BANGI, 28 Ogos. - “Salafussoleh, generasi awal Islam begitu ghairah untuk melihat umat Islam soleh (tunduk dan patuh pada syariat), bahkan mereka (salafussoleh) tampil ke hadapan menjadi rijal ‘ammah; membimbing manusia dan menjadi contoh ikutan,” demikian ujar Ustaz Dr Mohd Isa Hamzah, Ahli Tertinggi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) di sini semalam.

Ustaz Dr Mohd Isa yang juga Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian ketika menyampaikan pengisian sebagai Naqib Usrah Umum Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL). Memetik pepatah Arab yang bermaksud, ‘perbaikilah diri kamu dan serulah masyarakat (ke arah kebaikan)’, beliau turut menyeru ahli usrah untuk tidak hanya berpada menjadi soleh untuk diri sendiri, sebaliknya sama-sama berperanan mengajak masyarakat untuk menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Menyentuh berkenaan tajuk Usrah Umum kali ini; “Sejarah Gerakan Islam”, Ustaz Dr Mohd Isa menyampaikan secara ringkas perkembangan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia selepas kejatuhan Khalifah Islam yang terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II.

Di Turki, terkesan dengan Gerakan Jamaah An-Nur yang diasaskan oleh Syeikh Badi’uzzaman Saied An-Nursi, masyarakat Turki yang pernah melalui zaman sekular yang panjang, semakin menerima kembali nilai, prinsip dan syiar Islam. Usaha ini diteruskan secara tidak langsung oleh pimpinan Turki hari ini khususnya melalui Parti AK pimpinan tokoh masyhur, Erdogan. Sehingga hari ini, Jamaah An-Nur masih bergerak di Turki dan beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Ustaz Dr Isa turut menyentuh perkembangan beberapa gerakan Islam lain antaranya Jamaat Islami (JI) di Pakistan dan Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir. IM yang telah berkembang sehingga ke lebih 80 buah negara dilihat begitu mempengaruhi perkembangan gerakan-gerakan Islam lain seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Dalam penyampaiannya, Ustaz Dr Isa turut mengingatkan hadirin kepentingan memilih pemimpin yang berwibawa untuk memandu masyarakat sebagaimana disarankan dalam Al-Quran, menceritakan sifat Nabi Musa a.s. yang bermaksud: “Sungguh, orang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.[Surah Yusuf:26].

Usrah Umum kali ini yang diadakan di Pejabat ISMA Cawangan DHL dihadiri hampir 50 hadirin. Kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertai Usrah Umum akan datang boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan ISMA Cawangan DHL, Sdr Syed Zahirudin di talian +601137394535.

Sunday, 27 April 2014

Just a brotherly reply to Ravinder Singh

I truly felt sorry when seeing my fellow Malaysians become the victims of their own gullibility. And I truly hope that in the case of Ravinder Singh, he is not suffering from a permanent one. I am referring to his piece yesterday which seemed to be written in response to a news report.
 
It is hoped that by now you (Ravinder) have discovered that the news report was actually referring to the article that originally appeared here (http://www.ismaweb.net/2014/04/muslim-perlu-beza-antara-adab-hormat-jenazah-dan-hakikat-kekufuran/).

If you have read the original article and comprehended it (it was in Malay by the way), I am sure you could be on the same page with me in that the whole purpose and intent of the article was addressed to Muslims.

It was meant to correct, based on the verses of Al Quran, two unfortunate statements made by two young men. The correction was necessary to avoid their misguided understanding on the subject from spreading further among us Muslims.

If you have to know more, it is normal for Muslims to remind each other to return to the Al Quran and the deeds of the Prophet especially when a misunderstanding is prevailing within the public.

It was just a reminding message from one concerned Muslim to another. So you may want to rethink your statement on who was actually minding other people’s business or ‘menjaga tepi kain orang’ in this case.

It was not ISMA’s responsibility if the context of the original article was thrown out the window, the focus of the message was shifted at will, and a juicy byline was deployed by the news providers. Thus, you may want to consider saving your rage (and your list of questions) over something else more worthwhile.

Speaking of the news providers, we all know that the people in this industry make a living through ads placement (some through not so secretive foreign funds, but that is a story for another time). They are neck and neck in the competition for revenue, so spinning stories become the means for some providers to increase their readership which in turn, will bring more income.

While we may be powerless to determine how the media people would choreograph a particular story to generate a desired public reaction, it is completely within our control to determine how we respond to it.
The news may be so packaged to rile some group of people up against another, for reasons only Allah knows. Some readers bite the bait while some don’t. Some double-checked the sources while some chose to skip dinner and start typing in rage.

It is like when you read Utusan-lah, Ravinder. If you can put some kind of a brain filter when reading through it, why can’t you put the same filter on when reading from these online providers? Is it because they have more news that soothe your political inclination that makes you decide to relax your intellectual judgment?
It is ironic that in this age of fast and free information, we are now slowed down by the needs to verify the materials, especially the sensational ones, which reach our screen.

Users really need to be extra wise so as not to be the victims of misinformation and misperception that is willed upon us through such substandard journalism. We just cannot afford to allow ourselves to be so credulous nowadays.

Returning to the subject of your grouses, you are correct that it is not Isma’s business whether a non-Muslim goes to hell or not. We never said it is ours, too. The second line of the original article stressed very clearly on whose authority it lies with.

Also, we never asked people to disrespect a dead person either (you can gather this from the original title if you understand it properly). The article only asked the Muslims not to overdo with their respect of the deceased to the point of violating the Islamic principles.

We just made it our business to provide reminders to our Muslim brothers and sisters on what the Al Quran says, and how the Prophet did, with regards to our actions as well as the happenings in this beloved country of ours. It is a necessity for all Muslims to recognize that we can say and do all things as long as it does not transgress the boundaries set by Allah and the Prophet.

It may sound unfair to you when you go through and study some of the words of Allah in the Al Quran. But fairness is what you will find in the Al Quran, through the glad tidings and the warnings to the mankind, through the promises of rewards as well as the threats of punishment.

And just so you know, none of us, the Isma members, can even guarantee ourselves that we will go straight to heaven when we die, although we are Muslims. However this never discourages us, in fact it gives us motivation to keep striving to be better Muslims.

Then again, to be fair to you, would you accept our hand and allow us to guide you to Islam and discover that Allah is indeed All Merciful, All Just and All Forgiving?

Umar Hakim Mohd Tajuddin
ISMA Activist

7 thoughts on “Just a brotherly reply to Ravinder Singh”

  1. Rashidah Mohammad
    Alhamdulillah. I’m so relieved n happy for this very wise and well written answer. Thank you.
  2. Syabas, umar Hakim mohd tajuddin well said as a truly intellectual Muslim scholar. This is the right way of dakwah to non Muslim, we shouldn’t indulge with confrontation with non muslim such as revinder singh but approach with an open heart, maybe someday he will realise the folly of his action and join our islamic faith.
  3. Hjh Salmah Kassim
    Alhamdulillah..very well explained and indeed reflect the real intellectual Muslim. May Allah continues to guide us to better explain Islam to the non Muslims. Be proud of yourself Umar for I indeed you’ve shown who true Muslims are….alhamdulillah.
  4. Very well written reply my fellow brother, Umar Hakim. Its people like you who can reply with a thought process and not be swayed by emotions. I hope there more people from all races and religion who can have a thought process like yours and be able to have a healthy debate and discussions instead of hurling abuses on each other’s religions. May GOD watch over you and your family. All the best.
  5. Congratulations Mr Tajuddin for your well mannered intellectual response to Mr Ravinder Singh. This is an exemplary way that others especially in authority or influence, should emulate.

KEDATANGAN OBAMA KE MALAYSIA DAN AGENDA YAHUDI

Kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia esok mengundang pelbagai telahan. Ramai yang memberi komentar kononnya berbangga apabila ketua negara Uncle Sam itu sudi berkunjung ke Malaysia.
 
Namun bagi saya Obama bukan datang sekadar mewakili negara kuasa besar, tetapi sebaliknya datang mewakili pihak Yahudi. Ini kerana Amerika telah tergadai kepada minoriti Yahudi apatah lagi kekayaan dan keterbukaan Amerika sebenarnya dikuasai oleh Yahudi.

Saya tidak menafikan Obama merupakan Presiden Amerika. Bagaimanapun kedatangannya bukan semata-mata sebagai seorang Presiden, malah ia memberi ‘signal’ dan  menandakan kedatangan pengaruh Yahudi ke rantau Asia Tengara, khususnya Malaysia. 

Pada hakikatnya Amerika berada di bawah telunjuk pengaruh besar Yahudi melalui beberapa entiti mereka, antaranya The Council on Foreign Relations (CFR), Bilderberg Group dan Trilateral Comission (TLC).
Mungkin akan ada pihak yang marah, tetapi itulah hakikat yang kita semua perlu tahu.
 
Ketiga-tiga badan elit ini diasaskan oleh Yahudi. Kuasa yang ada pada mereka mengatasi kuasa yang ada pada kerajaan Amerika. Bahkan ayat yang lebih mudah difahami dan lebih tepat saya boleh katakan sebagai ‘kerajaan di belakang kerajaan’ yang menjelaskan bahawa di sebalik kerajaan Amerika terdapat kuasa lain yang lebih berpengaruh iaitu kuasa Yahudi.

28 orang daripada 43 orang pengarah CFR merupakan orang Yahudi atau berkahwin dengan Yahudi. Jadi 65% daripada anggota lembaga pengarahnya ialah Yahudi.


Untuk menguasai pendapat umum dan memastikan pengaruh mereka kuat ke atas rakyat awam, golongan Yahudi elit global daripada CFR ini telah pun merancang untuk menguasai media sejak tahun 1915. Bekas anggota Kongres Amerika, Oscar Callaway, telah menyebut tentang perancangan ini pada 1917 bahawa mereka membuat keputusan untuk membeli 25 akhbar utama pada masa itu. Maka dengan cara ini CFR akan terus berkuasa apabila setiap agenda dan polisi yang mereka putuskan sudah pasti akan didokong oleh media Amerika yang mereka kuasai sepenuhnya.

Buktinya, David Rockefeller sendiri, semasa memberi ucapan dalam satu mesyuarat The Trilateral Commission pada bulan Jun 1991, telah mengucapkan terima kasih kepada pihak elit media massa yang dikawal oleh CFR atas jasa mereka memelihara kerahsiaan CFR dan dalam masa yang sama mengulang-ulang agendanya untuk mewujudkan New World Order.


 

Selain itu kuasa elit Yahudi yang mempunyai pengaruh besar di Amerika ialah Trilateral Comission (TLC). Tujuannya ditubuhkan adalah untuk menguasai lapangan politik dan ekonomi antara negara-negara Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun.








TLC ini adalah kesinambungan kepada Bilderberg Group yang merupakan pertubuhan rahsia antarabangsa yang didominasi oleh orang-orang kaya Eropah dan dinasti kaya Amerika.





Namun yang jelasnya, Bilderberg ini dikuasai oleh taikun kapitalis Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1954.
Menarik di sini, CFR dan TLC ini ditubuhkan orang yang sama iaitu David Rockefeller yang dikatakan sebagai crypto-Jew oleh Alumbrados, selain mempunyai hubungan tersangat rapat dengan dinasti Rothschild, kapitalis Yahudi terkaya dan terkenal yang membiayai Revolusi Perancis dan lain-lain.

Rockefeller bukan sekadar menubuhkan CFR dan TLC, bahkan nama ini jugalah yang menubuhkan Federal Reserve di Amerika.

 

Federal Reserve adalah bank kepada bank-bank dan bank kepada kerajaan Amerika yang mengawal institusi kewangan dan mengurus wang negara. Ekonomi Amerika sebenarnya bergantung kepada Federal Reserve sama ada dari segi naik turun kadar faedah, percetakan wang dan lain-lain. Semuanya bergantung kepada pengaruh Rockefeller, bukannya kuasa negara Amerika. Itulah hakikatnya.

National Endowment for Democracy (NED) pula yang merupakan agensi Amerika di bawah United States Agency for International Development (USAID) sudah lama membiayai banyak NGO dan media bebas di negara ini yang memainkan peranan menyebarkan dakyah dan mempengaruhi pendapat umum rakyat Malaysia agar selari dengan dasar luar Amerika, terutamanya yang berhubung dengan kesamarataan agama dan kebebasan individu menurut acuan liberal Barat yang melanggar segala norma agama.




Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia jangan terlalu gembira dengan kedatangan Obama Sabtu ini. Sejarah sendiri membuktikan Amerika hanyalah sebuah negara yang dikawal dan dikuasai oleh entiti-entiti gergasi Yahudi yang memainkan peranan di sebalik tabir demi memperluaskan pengaruh dan agenda mereka untuk menakluk negara-negara luar.

Friday, 28 March 2014

Sejarah Kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu

Agama Kristian berasal dari Palestine, di Timur Tengah. Agama Kristian mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia.  Di Afrika, Kristian menjadi agama rasmi negara Habsyah dalam abad ke 4. Daerah Asia terutamanya Asia selatan dan Asia Timur menerima Kristian agak terlewat sedikit. Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah, kemudian ia menular ke bahagian-bahagian lain dunia.

Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu (Malaysia, Filipina dan Indonesia) sangat rapat hubungannya dengan gerakan perluasan daerah Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pada tahun 1511, orang-orang Portugis telah menawan kota dan pelabuhan Melaka, dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan mereka. Kemudian mereka menyelinap masuk ke Maluku, Tiongkok dan Jepun. Di mana sahaja mereka membuat kolonisasi yang tetap , mereka mengubah agama penduduk-penduduknya menjadi Kristian dan memperkenalkan bahasa Portugis.

Asas kemasukan Kristian ke kepulauan Melayu ini pun nyata sudah berbeza dengan Islam.  Kristian masuk melalui penjajah yang dengan rakusnya menjajah negara orang lain, sedangkan Islam hanya masuk melalui pedagang2 Arab, India dan beberapa bangsa lagi dengan cara perdagangan. Mereka berdagang dan sambil-sambil itu mereka mendakwah agama Islam dengan cara yang baik, alhamdulillah.

Sementara orang-orang Portugis meluaskan daerahnya ke Timur, orang-orang Sepanyol pula meluaskan daerahnya ke arah Barat. Mereka menakluki daerah yang luas  di benua Amerika dan dari Amerika kemudiannya ke Lautan Teduh. Filipina merupakan daerahnya yang paling utama di Lautan Teduh dan di sana mereka bertapak secara kekal sejak tahun 1565. Undang-undang Sepanyol dan undang-undang Portugis terhadap perkara agama, bahasa dan kebudayaan pada umumnya sama dengan Portugis. Malah sebenarnya sejak tahun 1580 hingga ke tahun 1640 setelah Portugal ditakluki oleh Philip II, Raja Sepanyol (1527 – 1598) yang juga telah memberikan namanya kepada Filipina,  maka Sepanyol dan Portugis telah disatukan di bawah pemerintahan Sepanyol yang tunggal.

Philip II telah tercatat dalam sejarah sebagai seorang pembela kepercayaan  Roman Katolik yang berani. Dia menganggap orang-orang Moor dan orang-orang Kristian Protestant sebagai musuhnya yang utama. Dia telah menentang Kristian Protestant terutama sekali di negeri Belanda yang di bawah pemerintahannya. Negara tersebut telah memberontak terhadapnya dengan berhasil sekali. , dan kejadian ini bukan sahaja penting ertinya bagi Eropah, kerana peperangan Hispano-Portugis menentang ‘Moor’ dan Protestant itu tidak terbatas di Eropah dan daerah Laut Tengah yang berjiran dengannya sahaja, tetapi juga telah dilanjutkan hingga ke Asia Tenggara.

Apabila orang-orang Sepanyol sampai di Mindanao di Filipina, setelah mengelilingi setengah bulatan dunia ini dari arah barat, mereka telah berhadapan dengan musuh tradisinya di bahagian paling timur, iaitu orang-orang Islam. Orang2 Islam ini mereka sebut juga sebagai orang2 ‘Moro’. Dalam abad ke 17, didapati bahawa orang2 Belanda bekerjasama dengan orang2 Islam / Moro ini dalam perjuangannya menentang Sepanyol, dan kekuasaan Sepanyol hampir menemui nasib yang sama dengan nasib orang2 Portugis di Asia Tenggara.

Pada tahun 1602, Syarikat Hindia-Timur yang terkenal dengan nama V.O.C (Verenigde Oostindische Compagnie) telah ditubuhkan.  Syarikat ini bukan sahaja bertindak sebagai syarikat dagang tetapi juga menerima hak2 kekuasaan. Syarikat ini diberi izin untuk mengikat perjanjian dan persekutuan dengan pengiran2 dan lain2 raja yang berkuasa atas nama negara Belanda, dan juga untuk mendirikan perbentengan dan mengambil serta mengangkat pegawai2 pentadbir, hakim2 dan askar2 tetapi semuanya itu harus mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintahan negara Belanda.

Dalam masa abad ke 17, kekuasaan orang2 Portugis di Asia Tenggara telah pecah, dan pemerintahan orang2 Sepanyol hanya terbatas kepada Filipina sahaja. Jatuhnya Melaka (1641) secara khusus telah menguntungkan kedudukan perdagangan di Betawi yang menjadi pusat kekuasaan Belanda di Asia. Akhirnya satu sahaja daerah yang menjadi milik orang2 Portugis dan dalam hal ini, kepulauan timur Portugis mempunyai kedudukan yang sama di Asia Tenggara seperti Makao di Asia Timur.

Kekuasaan Eropah di Asia Tenggara dalam abad ke 17 dan ke 18 tidak bertambah dari keadaannya dalam abad ke 16. Kemerosotan kekuatan Sepanyol juga secara umum telah mula dirasai di Filipina. Daerah jajahan Belanda terdiri dari beberapa pusat yang kuat, biasanya di pesisir dan dari pesisir daerah pengaruhnya mencapai masuk ke pedalaman atau di sepanjang jalan kapal. Dalam abad yang ke 18, pengaruh Belanda bertambah kuat lagi di Jawa, tetapi gambaran pada umumnya ialah bahawa daerah di bawah V.O.C itu masih dan tetap menjadi sebuah koloni perdagangan.

Pada kebanyakan tempat, terutama di Maluku, penggantian pemerintahan Portugis dengan pemerintahan Belanda melibatkan pula satu penggantian agama Kristian dari mazhab Roman Katolik menjadi mazhab Protestant. Akan tetapi sebuah pertubuhan dagang seperti V.O.C tidak begitu berminat untuk menukar agama di tempat2 miliknya dan daerah2 pengaruhnya seperti negara2 Portugal dan Sepanyol. Malah sebenarnya setelah kegiatan misi2 Roman Katolik menggelombang naik pada pertengahan abad ke 16 , maka kemerosotan telah berlaku dalam masa 25 tahun yang terakhir dalam abad itu, sehingga yang demikian tidaklah dapat dilihat sesuatu kemajuan agama Kristian yang nyata di daerah2 tersebut.

Pada akhir abad yang ke 18 dan permulaan abad ke 19, beberapa peristiwa telah berlaku seperti pembubaran V.O.C, masa peralihan yang singkat di bawah pemerintahan Inggeris, dan pembentukan Hindia-Timur Belanda di bawah pemerintahan Belanda. Daripada sebuah koloni dagang menjadi sebuah koloni pertanian, yang berpusat di Jawa. Daerah ini tidak meliputi Melaka, yang ditakluk oleh Inggeris pada 1824.

Masa permulaan 25 tahun dalam abad ke 19 merupakan satu masa pengawasan negara dan perencanaan negara secara tersusun. Raja William I (yang memerintah dari 1813-40) menjadi penganjur siasah tersebut. Dia meneruskan kegiatan2 gereja zaman V.O.C dalam ‘Gereja Protestant di Hindia Belanda’. Gereja ini telah didirikan tersendiri dari gereja protestant di negeri Belanda.

V.O.C telah mempengaruhi pihak2 gereja yang berkuasa dalam hal memilih kaum pendeta Protestant untuk bekerja di timur, dengan jalan membuat tuntutan2 istimewanya sendiri, tetapi sekurang2 nya pemilihan itu pada saat terakhirnya tetap merupakan perkara dalam lingkungan kuasa gereja. Pemilihan di negara Belanda telah ditugaskan kepada sebuah jawatankuasa yang diangkat oleh raja, dan di dalam jawatankuasa ini hanya satu atau dua orang2 terkemuka gereja yang menjadi anggota kerana kedudukannya itu.

Semua penganut Protestant di Hindia-Belanda harus menjadi anggota gereja Protestant di daerah itu, biar apa pun jua bangsa atau kepercayaannya. William I telah memberikan kepada gereja ini konstitusi yang menjunjung dasar bahawa sesuatu hal yang dilakukan di Hindia Belanda haruslah dengan pengetahuan dan campur tangan pemerintah. Majlis gereja Betawi kini secara rasmi telah diberi satu fungsi kepimpinan di dalam gereja, sebagai lanjutan keadaan yang telah berkembang di bawah V.O.C.  Sampai lama dalam abad ke 19 , satu peraturan baru masih terus berlaku bahawa presiden dewan gereja itu mestilah  seorang anggota dewan tertinggi dalam negeri iaitu Dewan Kepulauan Hindia Belanda. Pengangkatan oleh gereja tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan pemerintah.

Apabila tugas2 gereja di timur secara tegas diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dalam abad ke 17, maka keadaan itu pada permulaannya telah menimbulkan protes daripada pihak gereja yang berkuasa di negeri Belanda dan juga di Betawi. Kemudian hal itu telah diterima tanpa sungutan , sebagai lanjutan keadaan dalam zaman V.O.C. Pada hakikatnya, pengawasan negara terhadap gereja pada masa itu malah diperkuatkan dari sebelumnya. Dalam zaman V.O.C gereja tidak dapat berkembang sedemikian rupa sehingga menarik perhatian, kerana kepentingan dagang biasanya mengatasi kepentingan gereja tetapi pada dasarnya perluasan daerah gereja telah diakui oleh pihak yang berkuasa.

Sampai di sini dahulu dalam bahagian pertama ini dan dalam bahagian kedua nanti insyaAllah akan diberikan penjelasan  tentang kemasukan Kristian ke Tanah Melayu dan konsep-konsep asas iman mereka. Kesimpulannya, sejarah sendiri telah membuktikan bahawa kemasukan agama Kristian ke kepulauan melayu ini adalah melalui PENJAJAHAN , tidak seperti meluasnya Islam di daerah sini dengan melalui jalan PERDAGANGAN. Maka ini tertolak hujjah-hujjah dari Kristian yang mengatakan bahawa Islam tersebar dengan pedang, sedangkan yang kita dapat lihat agama kristian lah yang tersebar melalui peperangan dan penjajahan.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi Muhammad S.a.w. Islam bukan semata2 tersebar melalui pedang, tetapi kita lihatlah permulaan dakwah Islam itu hanya dengan cara one to one, dan dengan cara yang amat berhikmah. Tetapi setelah Islam diserang, orang2 Islam diseksa dan dibunuh, barulah Allah perintahkan agar Nabi dan para sahabat bersiap sedia untuk berperang. Tetapi lihatlah, peperangan BUKAN dimulakan oleh Islam, malahan Islam terpaksa berperang kerana diserang terlebih dahulu. Bagi mereka yang mempunyai hati yang jernih dan terang, fikiran yang matang dan akal yang waras dapat menilai sendiri tentang perkara tersebut.  Wallahu a’lam

*Sumber dari hikmatun.wordpress.com  

ISMA DAN COMANGO



ISU COMANGO
24.10.2013           (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia PBB
24.10.2013           POSTER BANTAH TUNTUTAN COMANGO- FB ISMA

31.10.2013           POSTER TUNTUTAN COMANGO –ISMA JOHOR



                                 
7.11.2013             POSTER DALANG COMANGO –FB ISMA (ARUS BARU)


8.11.2013             ISMA edar 70 ribu risalah dedah dalang COMANGO

16.12.2013           ISMA LANCAR KEMPEN SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO
11.1.2014             Muzakarah Ulama Isma putuskan ‘haram’ umat Islam sokong COMANGO