Persidangan
KL Summit ini merupakan kesinambungan kepada Persidangan Antarabangsa
Pemikir-pemikir Islam (IMTC 2014) yang diadakan 30 April hingga 1 Mei
lalu di Kuala Lumpur anjuran ISMA, MTF dan TAIM.
Ia
menampilkan lebih 40 orang pemikir Islam dari 14 buah negara menyertai
persidangan ini bagi membincangkan dan menganalisis realiti semasa dan
memahami apa sebenarnya yang berlaku di negara Arab dan negara-negara
Islam.
Antara yang hadir dalam persidangan
IMTC ialah Ahli Majlis Tertinggi Kesatuan Ulama Dunia Syeikh Muhammad
Hasan Al-Dadu, Ketua Hal Ehwal Luar Biro Politik HAMAS Syeikh Jamal Isa
dari Palestin, ahli politik dan pemikir media Syeikh Ahmad Al-Wadi’a
dari Mauritania, Penasihat Presiden Sudan Prof Rabie’ Ahmad Hasan dan
Presiden Jemaah Islamiyah Lubnan Syeikh Azzam Ayubi.