Wednesday, 27 August 2014
Contohi Salafussoleh Ulangi Kegemilangan Islam
BANGI, 28 Ogos. - “Salafussoleh, generasi awal Islam begitu ghairah untuk melihat umat Islam soleh (tunduk dan patuh pada syariat), bahkan mereka (salafussoleh) tampil ke hadapan menjadi rijal ‘ammah; membimbing manusia dan menjadi contoh ikutan,” demikian ujar Ustaz Dr Mohd Isa Hamzah, Ahli Tertinggi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) di sini semalam.
Ustaz Dr Mohd Isa yang juga Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata demikian ketika menyampaikan pengisian sebagai Naqib Usrah Umum Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL). Memetik pepatah Arab yang bermaksud, ‘perbaikilah diri kamu dan serulah masyarakat (ke arah kebaikan)’, beliau turut menyeru ahli usrah untuk tidak hanya berpada menjadi soleh untuk diri sendiri, sebaliknya sama-sama berperanan mengajak masyarakat untuk menjadikan Islam sebagai panduan hidup.
Menyentuh berkenaan tajuk Usrah Umum kali ini; “Sejarah Gerakan Islam”, Ustaz Dr Mohd Isa menyampaikan secara ringkas perkembangan gerakan-gerakan Islam seluruh dunia selepas kejatuhan Khalifah Islam yang terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II.
Di Turki, terkesan dengan Gerakan Jamaah An-Nur yang diasaskan oleh Syeikh Badi’uzzaman Saied An-Nursi, masyarakat Turki yang pernah melalui zaman sekular yang panjang, semakin menerima kembali nilai, prinsip dan syiar Islam. Usaha ini diteruskan secara tidak langsung oleh pimpinan Turki hari ini khususnya melalui Parti AK pimpinan tokoh masyhur, Erdogan. Sehingga hari ini, Jamaah An-Nur masih bergerak di Turki dan beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Ustaz Dr Isa turut menyentuh perkembangan beberapa gerakan Islam lain antaranya Jamaat Islami (JI) di Pakistan dan Ikhwanul Muslimin (IM) di Mesir. IM yang telah berkembang sehingga ke lebih 80 buah negara dilihat begitu mempengaruhi perkembangan gerakan-gerakan Islam lain seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Dalam penyampaiannya, Ustaz Dr Isa turut mengingatkan hadirin kepentingan memilih pemimpin yang berwibawa untuk memandu masyarakat sebagaimana disarankan dalam Al-Quran, menceritakan sifat Nabi Musa a.s. yang bermaksud: “Sungguh, orang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.[Surah Yusuf:26].
Usrah Umum kali ini yang diadakan di Pejabat ISMA Cawangan DHL dihadiri hampir 50 hadirin. Kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama menyertai Usrah Umum akan datang boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan ISMA Cawangan DHL, Sdr Syed Zahirudin di talian +601137394535.
Sunday, 27 April 2014
Just a brotherly reply to Ravinder Singh
I
truly felt sorry when seeing my fellow Malaysians become the victims of
their own gullibility. And I truly hope that in the case of Ravinder
Singh, he is not suffering from a permanent one. I am referring to his
piece yesterday which seemed to be written in response to a news report.
It is hoped that by now you (Ravinder)
have discovered that the news report was actually referring to the
article that originally appeared here (http://www.ismaweb.net/2014/04/muslim-perlu-beza-antara-adab-hormat-jenazah-dan-hakikat-kekufuran/).
If you have read the original article
and comprehended it (it was in Malay by the way), I am sure you could be
on the same page with me in that the whole purpose and intent of the
article was addressed to Muslims.
It was meant to correct, based on the
verses of Al Quran, two unfortunate statements made by two young men.
The correction was necessary to avoid their misguided understanding on
the subject from spreading further among us Muslims.
If you have to know more, it is normal
for Muslims to remind each other to return to the Al Quran and the deeds
of the Prophet especially when a misunderstanding is prevailing within
the public.
It was just a reminding message from
one concerned Muslim to another. So you may want to rethink your
statement on who was actually minding other people’s business or
‘menjaga tepi kain orang’ in this case.
It was not ISMA’s responsibility if the
context of the original article was thrown out the window, the focus of
the message was shifted at will, and a juicy byline was deployed by the
news providers. Thus, you may want to consider saving your rage (and
your list of questions) over something else more worthwhile.
Speaking of the news providers, we all
know that the people in this industry make a living through ads
placement (some through not so secretive foreign funds, but that is a
story for another time). They are neck and neck in the competition for
revenue, so spinning stories become the means for some providers to
increase their readership which in turn, will bring more income.
While we may be powerless to determine
how the media people would choreograph a particular story to generate a
desired public reaction, it is completely within our control to
determine how we respond to it.
The news may be so packaged to rile
some group of people up against another, for reasons only Allah knows.
Some readers bite the bait while some don’t. Some double-checked the
sources while some chose to skip dinner and start typing in rage.
It is like when you read Utusan-lah,
Ravinder. If you can put some kind of a brain filter when reading
through it, why can’t you put the same filter on when reading from these
online providers? Is it because they have more news that soothe your
political inclination that makes you decide to relax your intellectual
judgment?
It is ironic that in this age of fast
and free information, we are now slowed down by the needs to verify the
materials, especially the sensational ones, which reach our screen.
Users really need to be extra wise so
as not to be the victims of misinformation and misperception that is
willed upon us through such substandard journalism. We just cannot
afford to allow ourselves to be so credulous nowadays.
Returning to the subject of your
grouses, you are correct that it is not Isma’s business whether a
non-Muslim goes to hell or not. We never said it is ours, too. The
second line of the original article stressed very clearly on whose
authority it lies with.
Also, we never asked people to
disrespect a dead person either (you can gather this from the original
title if you understand it properly). The article only asked the Muslims
not to overdo with their respect of the deceased to the point of
violating the Islamic principles.
We just made it our business to provide
reminders to our Muslim brothers and sisters on what the Al Quran says,
and how the Prophet did, with regards to our actions as well as the
happenings in this beloved country of ours. It is a necessity for all
Muslims to recognize that we can say and do all things as long as it
does not transgress the boundaries set by Allah and the Prophet.
It may sound unfair to you when you go
through and study some of the words of Allah in the Al Quran. But
fairness is what you will find in the Al Quran, through the glad tidings
and the warnings to the mankind, through the promises of rewards as
well as the threats of punishment.
And just so you know, none of us, the
Isma members, can even guarantee ourselves that we will go straight to
heaven when we die, although we are Muslims. However this never
discourages us, in fact it gives us motivation to keep striving to be
better Muslims.
Then again, to be fair to you, would
you accept our hand and allow us to guide you to Islam and discover that
Allah is indeed All Merciful, All Just and All Forgiving?
Umar Hakim Mohd Tajuddin
ISMA Activist
ISMA Activist
7 thoughts on “Just a brotherly reply to Ravinder Singh”
KEDATANGAN OBAMA KE MALAYSIA DAN AGENDA YAHUDI
Kedatangan Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama ke Malaysia esok mengundang pelbagai telahan. Ramai yang
memberi komentar kononnya berbangga apabila ketua negara Uncle Sam itu
sudi berkunjung ke Malaysia.
Namun bagi saya Obama bukan datang
sekadar mewakili negara kuasa besar, tetapi sebaliknya datang mewakili
pihak Yahudi. Ini kerana Amerika telah tergadai kepada minoriti Yahudi
apatah lagi kekayaan dan keterbukaan Amerika sebenarnya dikuasai oleh
Yahudi.
Saya tidak menafikan Obama merupakan
Presiden Amerika. Bagaimanapun kedatangannya bukan semata-mata sebagai
seorang Presiden, malah ia memberi ‘signal’ dan menandakan kedatangan
pengaruh Yahudi ke rantau Asia Tengara, khususnya Malaysia.
Pada hakikatnya Amerika berada di bawah
telunjuk pengaruh besar Yahudi melalui beberapa entiti mereka,
antaranya The Council on Foreign Relations (CFR), Bilderberg Group dan
Trilateral Comission (TLC).
Mungkin akan ada pihak yang marah, tetapi itulah hakikat yang kita semua perlu tahu.
Ketiga-tiga badan elit ini diasaskan
oleh Yahudi. Kuasa yang ada pada mereka mengatasi kuasa yang ada pada
kerajaan Amerika. Bahkan ayat yang lebih mudah difahami dan lebih tepat
saya boleh katakan sebagai ‘kerajaan di belakang kerajaan’ yang
menjelaskan bahawa di sebalik kerajaan Amerika terdapat kuasa lain yang
lebih berpengaruh iaitu kuasa Yahudi.
28 orang daripada 43 orang pengarah CFR
merupakan orang Yahudi atau berkahwin dengan Yahudi. Jadi 65% daripada
anggota lembaga pengarahnya ialah Yahudi.
Untuk menguasai pendapat umum dan
memastikan pengaruh mereka kuat ke atas rakyat awam, golongan Yahudi
elit global daripada CFR ini telah pun merancang untuk menguasai media
sejak tahun 1915. Bekas anggota Kongres Amerika, Oscar Callaway, telah
menyebut tentang perancangan ini pada 1917 bahawa mereka membuat
keputusan untuk membeli 25 akhbar utama pada masa itu. Maka dengan cara
ini CFR akan terus berkuasa apabila setiap agenda dan polisi yang mereka
putuskan sudah pasti akan didokong oleh media Amerika yang mereka
kuasai sepenuhnya.
Buktinya, David Rockefeller sendiri,
semasa memberi ucapan dalam satu mesyuarat The Trilateral Commission
pada bulan Jun 1991, telah mengucapkan terima kasih kepada pihak elit
media massa yang dikawal oleh CFR atas jasa mereka memelihara kerahsiaan
CFR dan dalam masa yang sama mengulang-ulang agendanya untuk mewujudkan
New World Order.
Selain itu kuasa elit Yahudi yang
mempunyai pengaruh besar di Amerika ialah Trilateral Comission (TLC).
Tujuannya ditubuhkan adalah untuk menguasai lapangan politik dan ekonomi
antara negara-negara Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun.
TLC ini adalah kesinambungan kepada
Bilderberg Group yang merupakan pertubuhan rahsia antarabangsa yang
didominasi oleh orang-orang kaya Eropah dan dinasti kaya Amerika.
Namun yang jelasnya, Bilderberg ini dikuasai oleh taikun kapitalis Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1954.
Menarik di sini, CFR dan TLC ini
ditubuhkan orang yang sama iaitu David Rockefeller yang dikatakan
sebagai crypto-Jew oleh Alumbrados, selain mempunyai hubungan tersangat
rapat dengan dinasti Rothschild, kapitalis Yahudi terkaya dan terkenal
yang membiayai Revolusi Perancis dan lain-lain.
Rockefeller bukan sekadar menubuhkan CFR dan TLC, bahkan nama ini jugalah yang menubuhkan Federal Reserve di Amerika.
Federal Reserve adalah bank kepada
bank-bank dan bank kepada kerajaan Amerika yang mengawal institusi
kewangan dan mengurus wang negara. Ekonomi Amerika sebenarnya bergantung
kepada Federal Reserve sama ada dari segi naik turun kadar faedah,
percetakan wang dan lain-lain. Semuanya bergantung kepada pengaruh
Rockefeller, bukannya kuasa negara Amerika. Itulah hakikatnya.
National Endowment for Democracy (NED)
pula yang merupakan agensi Amerika di bawah United States Agency for
International Development (USAID) sudah lama membiayai banyak NGO dan
media bebas di negara ini yang memainkan peranan menyebarkan dakyah dan
mempengaruhi pendapat umum rakyat Malaysia agar selari dengan dasar luar
Amerika, terutamanya yang berhubung dengan kesamarataan agama dan
kebebasan individu menurut acuan liberal Barat yang melanggar segala
norma agama.
Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia
jangan terlalu gembira dengan kedatangan Obama Sabtu ini. Sejarah
sendiri membuktikan Amerika hanyalah sebuah negara yang dikawal dan
dikuasai oleh entiti-entiti gergasi Yahudi yang memainkan peranan di
sebalik tabir demi memperluaskan pengaruh dan agenda mereka untuk
menakluk negara-negara luar.
Friday, 28 March 2014
Sejarah Kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu
Agama Kristian berasal dari Palestine, di Timur Tengah. Agama Kristian mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia. Di Afrika, Kristian menjadi agama rasmi negara Habsyah dalam abad ke 4. Daerah Asia terutamanya Asia selatan dan Asia Timur menerima Kristian agak terlewat sedikit. Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah, kemudian ia menular ke bahagian-bahagian lain dunia.
Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu (Malaysia, Filipina dan Indonesia) sangat rapat hubungannya dengan gerakan perluasan daerah Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pada tahun 1511, orang-orang Portugis telah menawan kota dan pelabuhan Melaka, dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan mereka. Kemudian mereka menyelinap masuk ke Maluku, Tiongkok dan Jepun. Di mana sahaja mereka membuat kolonisasi yang tetap , mereka mengubah agama penduduk-penduduknya menjadi Kristian dan memperkenalkan bahasa Portugis.
Asas kemasukan Kristian ke kepulauan Melayu ini pun nyata sudah berbeza dengan Islam. Kristian masuk melalui penjajah yang dengan rakusnya menjajah negara orang lain, sedangkan Islam hanya masuk melalui pedagang2 Arab, India dan beberapa bangsa lagi dengan cara perdagangan. Mereka berdagang dan sambil-sambil itu mereka mendakwah agama Islam dengan cara yang baik, alhamdulillah.
Sementara orang-orang Portugis meluaskan daerahnya ke Timur, orang-orang Sepanyol pula meluaskan daerahnya ke arah Barat. Mereka menakluki daerah yang luas di benua Amerika dan dari Amerika kemudiannya ke Lautan Teduh. Filipina merupakan daerahnya yang paling utama di Lautan Teduh dan di sana mereka bertapak secara kekal sejak tahun 1565. Undang-undang Sepanyol dan undang-undang Portugis terhadap perkara agama, bahasa dan kebudayaan pada umumnya sama dengan Portugis. Malah sebenarnya sejak tahun 1580 hingga ke tahun 1640 setelah Portugal ditakluki oleh Philip II, Raja Sepanyol (1527 – 1598) yang juga telah memberikan namanya kepada Filipina, maka Sepanyol dan Portugis telah disatukan di bawah pemerintahan Sepanyol yang tunggal.
Philip II telah tercatat dalam sejarah sebagai seorang pembela kepercayaan Roman Katolik yang berani. Dia menganggap orang-orang Moor dan orang-orang Kristian Protestant sebagai musuhnya yang utama. Dia telah menentang Kristian Protestant terutama sekali di negeri Belanda yang di bawah pemerintahannya. Negara tersebut telah memberontak terhadapnya dengan berhasil sekali. , dan kejadian ini bukan sahaja penting ertinya bagi Eropah, kerana peperangan Hispano-Portugis menentang ‘Moor’ dan Protestant itu tidak terbatas di Eropah dan daerah Laut Tengah yang berjiran dengannya sahaja, tetapi juga telah dilanjutkan hingga ke Asia Tenggara.
Apabila orang-orang Sepanyol sampai di Mindanao di Filipina, setelah mengelilingi setengah bulatan dunia ini dari arah barat, mereka telah berhadapan dengan musuh tradisinya di bahagian paling timur, iaitu orang-orang Islam. Orang2 Islam ini mereka sebut juga sebagai orang2 ‘Moro’. Dalam abad ke 17, didapati bahawa orang2 Belanda bekerjasama dengan orang2 Islam / Moro ini dalam perjuangannya menentang Sepanyol, dan kekuasaan Sepanyol hampir menemui nasib yang sama dengan nasib orang2 Portugis di Asia Tenggara.
Pada tahun 1602, Syarikat Hindia-Timur yang terkenal dengan nama V.O.C (Verenigde Oostindische Compagnie) telah ditubuhkan. Syarikat ini bukan sahaja bertindak sebagai syarikat dagang tetapi juga menerima hak2 kekuasaan. Syarikat ini diberi izin untuk mengikat perjanjian dan persekutuan dengan pengiran2 dan lain2 raja yang berkuasa atas nama negara Belanda, dan juga untuk mendirikan perbentengan dan mengambil serta mengangkat pegawai2 pentadbir, hakim2 dan askar2 tetapi semuanya itu harus mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintahan negara Belanda.
Dalam masa abad ke 17, kekuasaan orang2 Portugis di Asia Tenggara telah pecah, dan pemerintahan orang2 Sepanyol hanya terbatas kepada Filipina sahaja. Jatuhnya Melaka (1641) secara khusus telah menguntungkan kedudukan perdagangan di Betawi yang menjadi pusat kekuasaan Belanda di Asia. Akhirnya satu sahaja daerah yang menjadi milik orang2 Portugis dan dalam hal ini, kepulauan timur Portugis mempunyai kedudukan yang sama di Asia Tenggara seperti Makao di Asia Timur.
Kekuasaan Eropah di Asia Tenggara dalam abad ke 17 dan ke 18 tidak bertambah dari keadaannya dalam abad ke 16. Kemerosotan kekuatan Sepanyol juga secara umum telah mula dirasai di Filipina. Daerah jajahan Belanda terdiri dari beberapa pusat yang kuat, biasanya di pesisir dan dari pesisir daerah pengaruhnya mencapai masuk ke pedalaman atau di sepanjang jalan kapal. Dalam abad yang ke 18, pengaruh Belanda bertambah kuat lagi di Jawa, tetapi gambaran pada umumnya ialah bahawa daerah di bawah V.O.C itu masih dan tetap menjadi sebuah koloni perdagangan.
Pada kebanyakan tempat, terutama di Maluku, penggantian pemerintahan Portugis dengan pemerintahan Belanda melibatkan pula satu penggantian agama Kristian dari mazhab Roman Katolik menjadi mazhab Protestant. Akan tetapi sebuah pertubuhan dagang seperti V.O.C tidak begitu berminat untuk menukar agama di tempat2 miliknya dan daerah2 pengaruhnya seperti negara2 Portugal dan Sepanyol. Malah sebenarnya setelah kegiatan misi2 Roman Katolik menggelombang naik pada pertengahan abad ke 16 , maka kemerosotan telah berlaku dalam masa 25 tahun yang terakhir dalam abad itu, sehingga yang demikian tidaklah dapat dilihat sesuatu kemajuan agama Kristian yang nyata di daerah2 tersebut.
Pada akhir abad yang ke 18 dan permulaan abad ke 19, beberapa peristiwa telah berlaku seperti pembubaran V.O.C, masa peralihan yang singkat di bawah pemerintahan Inggeris, dan pembentukan Hindia-Timur Belanda di bawah pemerintahan Belanda. Daripada sebuah koloni dagang menjadi sebuah koloni pertanian, yang berpusat di Jawa. Daerah ini tidak meliputi Melaka, yang ditakluk oleh Inggeris pada 1824.
Masa permulaan 25 tahun dalam abad ke 19 merupakan satu masa pengawasan negara dan perencanaan negara secara tersusun. Raja William I (yang memerintah dari 1813-40) menjadi penganjur siasah tersebut. Dia meneruskan kegiatan2 gereja zaman V.O.C dalam ‘Gereja Protestant di Hindia Belanda’. Gereja ini telah didirikan tersendiri dari gereja protestant di negeri Belanda.
V.O.C telah mempengaruhi pihak2 gereja yang berkuasa dalam hal memilih kaum pendeta Protestant untuk bekerja di timur, dengan jalan membuat tuntutan2 istimewanya sendiri, tetapi sekurang2 nya pemilihan itu pada saat terakhirnya tetap merupakan perkara dalam lingkungan kuasa gereja. Pemilihan di negara Belanda telah ditugaskan kepada sebuah jawatankuasa yang diangkat oleh raja, dan di dalam jawatankuasa ini hanya satu atau dua orang2 terkemuka gereja yang menjadi anggota kerana kedudukannya itu.
Semua penganut Protestant di Hindia-Belanda harus menjadi anggota gereja Protestant di daerah itu, biar apa pun jua bangsa atau kepercayaannya. William I telah memberikan kepada gereja ini konstitusi yang menjunjung dasar bahawa sesuatu hal yang dilakukan di Hindia Belanda haruslah dengan pengetahuan dan campur tangan pemerintah. Majlis gereja Betawi kini secara rasmi telah diberi satu fungsi kepimpinan di dalam gereja, sebagai lanjutan keadaan yang telah berkembang di bawah V.O.C. Sampai lama dalam abad ke 19 , satu peraturan baru masih terus berlaku bahawa presiden dewan gereja itu mestilah seorang anggota dewan tertinggi dalam negeri iaitu Dewan Kepulauan Hindia Belanda. Pengangkatan oleh gereja tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan pemerintah.
Apabila tugas2 gereja di timur secara tegas diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dalam abad ke 17, maka keadaan itu pada permulaannya telah menimbulkan protes daripada pihak gereja yang berkuasa di negeri Belanda dan juga di Betawi. Kemudian hal itu telah diterima tanpa sungutan , sebagai lanjutan keadaan dalam zaman V.O.C. Pada hakikatnya, pengawasan negara terhadap gereja pada masa itu malah diperkuatkan dari sebelumnya. Dalam zaman V.O.C gereja tidak dapat berkembang sedemikian rupa sehingga menarik perhatian, kerana kepentingan dagang biasanya mengatasi kepentingan gereja tetapi pada dasarnya perluasan daerah gereja telah diakui oleh pihak yang berkuasa.
Sampai di sini dahulu dalam bahagian pertama ini dan dalam bahagian kedua nanti insyaAllah akan diberikan penjelasan tentang kemasukan Kristian ke Tanah Melayu dan konsep-konsep asas iman mereka. Kesimpulannya, sejarah sendiri telah membuktikan bahawa kemasukan agama Kristian ke kepulauan melayu ini adalah melalui PENJAJAHAN , tidak seperti meluasnya Islam di daerah sini dengan melalui jalan PERDAGANGAN. Maka ini tertolak hujjah-hujjah dari Kristian yang mengatakan bahawa Islam tersebar dengan pedang, sedangkan yang kita dapat lihat agama kristian lah yang tersebar melalui peperangan dan penjajahan.
Ini berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi Muhammad S.a.w. Islam bukan semata2 tersebar melalui pedang, tetapi kita lihatlah permulaan dakwah Islam itu hanya dengan cara one to one, dan dengan cara yang amat berhikmah. Tetapi setelah Islam diserang, orang2 Islam diseksa dan dibunuh, barulah Allah perintahkan agar Nabi dan para sahabat bersiap sedia untuk berperang. Tetapi lihatlah, peperangan BUKAN dimulakan oleh Islam, malahan Islam terpaksa berperang kerana diserang terlebih dahulu. Bagi mereka yang mempunyai hati yang jernih dan terang, fikiran yang matang dan akal yang waras dapat menilai sendiri tentang perkara tersebut. Wallahu a’lam
*Sumber dari hikmatun.wordpress.com
ISMA DAN COMANGO
ISU COMANGO
24.10.2013 (UPR)
Majlis Hak Asasi Manusia PBB
24.10.2013 POSTER BANTAH TUNTUTAN COMANGO- FB ISMA
31.10.2013 POSTER
TUNTUTAN COMANGO –ISMA JOHOR
7.11.2013 POSTER
DALANG COMANGO –FB ISMA (ARUS BARU)
8.11.2013 ISMA
edar 70 ribu risalah dedah dalang COMANGO
16.12.2013 ISMA
LANCAR KEMPEN SEJUTA UMMAH TOLAK COMANGO
11.1.2014 Muzakarah
Ulama Isma putuskan ‘haram’ umat Islam sokong COMANGO










اللهم اهدنا واهدهم